Samseng baju merah terajang penyokong Bersih 5 depan Polis

SAMSENG baju merah yang dipimpin oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal (sebut Jamal Jamban) semakin mengganas.

Jika sebelum ini mereka memberi amaran kepada anggota Polis (baca — Samseng baju merah beri amaran kepada Polis), kali ini mereka dengan biadap terajang seorang penyokong Bersih 5 meskipun dengan kehadiran anggota Polis.

Seorang lelaki memakai T shirt Bersih 5, yang menunggang motorsikal kebetulan lalu di tempat kejadian untuk pulang ke rumah diserang oleh kumpulan samseng baju merah, dia disepak hingga terjatuh dari motorsikal. Scroll ke bawah untuk menonton video.

Bukan itu sahaja lelaki itu turut dibaling dengan objek  termasuk telur ke arah muka  dan badan sambil kumpulan samseng itu menunjukkan isyarat lucah jari tengah terhadapnya.

Tidak cukup dengan itu, dia turut diterajang sekali lagi oleh salah seorang samseng baju merah yang menutup muka dan memakai 'cap' dipercayai untuk menyembunyikan identiti. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Sabak Bernam sebentar tadi.



Malunya aku tengok gelagat machai-machai upahan Umno, baru terima dua tiga puluh ringgit upah (sebut dedak) sanggup jadi beruk buat kacau serang orang tak tentu pasal.

Senangnya jadi pemimpin Umno, rembat berbilion duit rakyat, bagi dedak sikit sorang RM30 kepada machai bawahan, sudah boleh kekalkan jawatan untuk terus merembat lagi.

Nak tipu machai senang je, beritahu mereka cina nak rampas Malaysia nescaya mengaruklah sekalian machai bagai beruk-beruk yang terkena belacan.



Sebuah video lagi di bawah sumber EdisiRakyat.com


24 Comments

  1. Malu je terajang orang pun dari belakang, nampak sangat machai baju Merah ni pengecut.

    ReplyDelete
  2. Bukan nak samakan Nabi dgn mamat yg kena terajang tu...

    Tapi teringat kisah nabi yg dibaling najis dan dihina demi untuk membawa kebaikan.

    Kalau niat dia betul. Sememangnya yang hebat ialah mamat yg kena terajang tu.

    ReplyDelete
  3. Pngecut gile terajang blakang.pstu pegi mnyorok blakang org.kalo brani sgt,one on one la ngn mamat motor tu.bodoh xde telur pnya macai.

    ReplyDelete
  4. Mamat baju kuning tu hanya lalu kat jalan tu je. Jalan tu pun jalan awam. Mamat tu pun bayar road tax juga, jadi kenapa tak bleh lalu situ? Bukan dia buat perhimpunan kat situ, dia hanya lalu je. Mamat kuning tu tak melawan langsung pun.

    Kalau budaya gangster ni nak diterapkan pada anak2 kita, tak taulah apa nak jadi dengan M'sia ni. Betul orang kata "welcome to bolehland".

    ReplyDelete
  5. mana keadilan yang dilaung laungkan
    mana
    tak kan tak boleh tangkap mamat ni
    ingat tidak berlaku adil dalam setiap urusan dunia ini akan dibalas diakhirat nanti
    ni adalah tindakan pengganas
    nak tunggu mati baru nak tangkap
    itu pun bermacam alasan dialas pengganas terlepas
    ini contoh pengganas belaan omno
    kalau tidak mana berani dia buat macam tu
    burok betoi perangai puak omno ni

    ReplyDelete
  6. Polis boleh tengok dan biar aja geng baju merah buat aksi ganas.
    Nampak sangat polis bersekongkol dgn keganasan.

    ReplyDelete
  7. And they said Jamal 'FISHBURNED' not reflecting UMNO's culture?+#$@??? WTF??? Si Lanun Bugis really feeding a lot of rabid dogs.......memalukan melayu-islam dari persada dunia sehingga didalam negara sendiri......dari kepala merompak sampai ke samseng kampung dusun!!!

    ReplyDelete
  8. Aku bukan penyokong Bersih tapi pada aku apa yang betul, betul dan apa yang salah, salah. Islam pun ajar kita yang betul tak boleh jadi salah dan yang salah tak akan boleh jadi betul.

    Aku tengok dalam video ni, 2 orang budak pakai baju bersih tu cuma lalu kat situ je, bukan buat perhimpunan kat situ pun. Apa salahnya kalau dia orang guna public road untuk laluan?? Jalan tu bukan jalan persendirian. Tu jalan rakyat Malaysia.

    Kenapa nak halang dia orang lalu? Siapa yang sekat budak 2 orang tu? Tendang motor, tendang tuan motor sampai jatuh, baling itu ini. Budaya ganas macam gangster ni ke yang kita nak banggakan? Ini ke budaya yang kita nak guna untuk selamatkan kerajaan?

    Tengok pada video ni, maaf aku nak cakap sumpah aku dan keluarga aku (7 orang yang dah tengok video ni) tak akan undi BN. Kami benci budaya gangster, macam pakai undang-undang rimba. Maaf aku tak boleh nak cakap yang salah tu betul. Lagi pun undi adalah hak masing-masing, tak boleh nak paksa-paksa.


    ReplyDelete
  9. wat u gv u get back...baju merah wujud pun sbb bersih...bkn sekali atau 2 kali bersih tapi berkali kali...xmau demokrasi tapi pilih demonstrasi..inilah akibatnya..semua karam..padan muka

    ReplyDelete
  10. Bersih wujud pun sebab banyak penyelewengan dan pembohongan yang terjadi depan mata tapi tak diadili secara hak. Semua jalan dah ditutup. Buka mulut tanya sikit pun kena bawa balai. Macam2 sekatan ada, pada blogger atau individu, akhbar, media, cantas sana, pecat sini, kemudian tukar sana, tukar sini. Jadi apa jalan yang tinggal lagi? Itulah saja jalan terakhir yang ada.

    ReplyDelete
  11. Malaysia ni demokrasi taik kucing. Ajak debat bkn budaya kita. Demonstrasi pn kte bkn budaya kita. Maybe rasuah, samseng and mcm2 bende negatif bru budaya kita kot.

    ReplyDelete
  12. Malaysia ni demokrasi taik kucing. Ajak debat bkn budaya kita. Demonstrasi pn kte bkn budaya kita. Maybe rasuah, samseng and mcm2 bende negatif bru budaya kita kot.

    ReplyDelete
  13. Demo dan debat memang bukan budaya kita orang Melayu, budaya kita adalah pukul dan terajang orang

    ReplyDelete
  14. Dah la ramai, budak tu sorang je.... terajang dari belakang pulak tu,,,, woi PONDAN SI BAJU MERAH....telur tu kasi anjing makan laaa....

    ReplyDelete
  15. Demokrasi hape kebenda cam ni? Block orang nak lalu pastu terajang, pukul orang. Pastu kata org salah. Ni demokrasi ke? Macam mafia ni demokrasi? Jadi besok anak2 muda bolehlah ikut contoh demokrasi macam ni. Teragak nak pukul orang pukul je. Undang2 mana yg dipakai ni? Buat malu je.

    ReplyDelete
  16. almaklumlah korangkan bijak pandai belaka, cubalah teka dalam 2 orang bersih yg lalu sorang je kena henyak? apasal eh???

    ReplyDelete
  17. Org yg menyerang dengan kekerasan org yg tidak menyerang mereka adalah samseng dan tak bijak. Klu pemimpin tak bijak pengikut lagilh tak bijak. Dahlah rakyat melihat umno bn tu dengan pelbagai pandangan negatif, tambah lagi budaya samseng baju merah samseng ni dia ingat akan buat harumkn nama umno bn ke. Sebab perangai sendirilh rakyat menyampah dengan umno bn. Tak payah berselindung dgn nama melayulah. Klu nak kata bersih tu salah, lawanlh dgn ilmu bukan ilmu bergaduh ala samseng yg tak mencerminkan kecerdikan dan lebih tepat tak berilmu. Rakyat zaman sekrng dah berilmu dan berpendidikan, dan boleh fikir sendiri. Tak perlu ajar rakyat dengn perangai samseng, makin dia buat mcm tu makin org rapat dengn bersih. Manalah letak otak pemimpin baju merah ni itu pun tak boleh fikir. Baik geng baju merah ni buat program amal dan bantu org kan itu merapatkn dengn rakyat. Buat perangai samseng makinlh org benci. Yg mudah tu pun tak boleh fikir, klu ikut jamal otak ikan tu maka makin bertambah org lari dari umno bn. Klu pemimpin tak bijak mcm nilh jadinya.

    ReplyDelete
  18. Sama2 tolak umno bn supaya budaya samseng ini tidak diwarisi generasi akan datang.
    Pak jamal samseng, nampak sangat nak melobi jawatan tu, tak payah lh gunakan nama melayu, mencamarkn nama melayu je dgn budaya samseng dan seolah2 org melayu tak cerdik dan tak berilmu pula. Perangai jamal dan koncu nya ni mencemarkan nama melayu.

    ReplyDelete
  19. Dia bangga serang dan pukul org, tp mana tau suatu hari samseng ni kemalangan dan org yang dia pukul tu yg tolong dia balik. Tak selamanya kita kuat.
    Perangai ganas mcm ni tak sesuai di biasakan di negara kita, cuma pengganas je ganas tak pakai otak.

    ReplyDelete
  20. Bersih selalunya mengutarakn idea dan pandangan dgn berhimpun supaya dapat didengar kerana suara mereka terhad utk bersuara di media.
    Tapi yg baju merah mudah je masuk tv tp tak ada fakta bila bercakap, turun kejalan pula hanya berbekal ilmu samseng. Jd pak jamal samseng sendiri yg membusukkan nama parti. Mcm mana nak jadi pemimpin klu tak pandai berbaik dgn org lain. Klu jd pemimpin semua rakyat tak kira parti apa tetap perlu dilayan dgn baik. Klu berbeza pndangn politik pun perlu dihadapi dgn kebijaksanaan bukan ilmu samseng. Sebab tu rakyat tak sabar nak tolak umno bn pd pru nanti. Klu pemimpin dah samseng, jd makin suburlh budaya samseng.

    ReplyDelete
  21. Harap jamal samseng teruskan ajar anak melayu jadi samseng supaya mudah rakyat benci dan tolak umno bn. Ingat jamal ingat filem hindustan. Politik jamal politik budak hingusan, tak dapat lawan dgn ilmu sebab otak tak cerdik jadi dia lawan dengan ilmu samseng mat rempit. Harap parti lain buat ujian iq sebelum memilih pemimpin.
    Jgn kata org pengganas, tapi diri sendiri melakukan keganasan.

    ReplyDelete
  22. Yg dibawa pun budak tak cukup umur dan mat rempit, memanglh perangai mcm tu asyik nak bertumbuk je.
    Aku yakin yang cerdik pandai tak ada ikut pun baju merah sabb tingkalaku dan tindakan mereka tak menunjukkan meraka dan matang dan berpndidikan.

    ReplyDelete
  23. Aku cadangkan bersih jemput jamal samseng berdekat tentang tuntutan bersih. Aku rasa awal2 jamal samseng menyorok, sebb debat ni mesti seorg yg bijak dan arif melontarkan fakta.
    Tapi klu ajak bertinju aku rasa seblm subuh jamal dah terpacak kat gelanggang, maklumlah dia kan samseng kampung.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan