Maria Chin kena SOSMA, Khairy Jamaluddin kena kutuk

PENAHANAN Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas), SOSMA menambah satu lagi siri pembohongan demi pembohongan pemimpin Umno dan Barisan Nasional, yang berjanji kononnya akta itu hanya digunakan untuk menahan pengganas.

Antara yang bukan main lantang menyokong Akta zalim itu adalah Ahli Parlimen Rembau, yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia, YB Khairy Jamaluddin.

Dalam salinan hansard ucapan semasa perbahasan dahulu, Khairy Jamaluddin berkata Sosma tidak akan digunakan kepada pihak yang tidak sependapat dengan kerajaan, malah menyebut Himpunan Bersih secara khusus.

"Kalau nak buat perhimpunan aman atau bersih pun, itu tidak 'detrimental to Parliamentary Democracy' (berbahaya kepada demokrasi berparlimen). Itu yang mereka (pembangkang) tak faham," kata Khairy.

Rujuk salinan hansard di bawah.


Itu kata pemimpin Umno semasa perbahasan Akta SOSMA yang ditentang keras oleh pembangkang. Khairy secara khusus berkata Sosma tidak akan digunakan terhadap penganjuran Himpunan Bersih, kerana tidak berbahaya kepada demokrasi berparlimen, kerana tiada unsur kekerasan.

Namun hari ini kita boleh lihat depan mata kita bagaimana Pengerusi Bersih, Puan Maria Chin Abdullah, seorang wanita berumur 60 tahun yang memandu kereta proton Gen 2 dengan bumper depannya dah nak roboh ditahan di bawah Sosma.

Maria ditahan di sebuah lokasi tidak diketahui, diletakkan di dalam sebuah bilik kecil, tanpa bantal dan tilam, hanya tidur beralaskan lantai simen. Siang dan malam ruangan bilik itu hanya diterangi oleh cahaya daripada dua biji mentol.

Penggunaan Sosma membolehkan Maria ditahan selama 28 hari tanpa bicara, dan penahanannya boleh diperbaharui. Beliau mungkin boleh ditahan bertahun lamanya tanpa dibicarakan.

Keganasan apakah yang dilakukan oleh Maria Chin seorang ibu tunggal kepada 3 orang anak ini? Kenapakah beliau dizalimi sedemikian rupa? 

Jelas di sini, apa sahaja yang keluar daripada mulut pemimpin Umno, memang tidak boleh dipercayai. Mereka adalah golongan pendusta yang nyata.

2 Comments

  1. Biarkan...
    Nnt sampai masa..sekor2 binatang tu kita sumbat.
    Biar mereka rasa juga.

    ReplyDelete
  2. sampai bila lh bangsa melayu nak keluar dari kepompong lama dia sejak zaman hang tuah/yg kaya curi harta Negara dgn selamba peliknya disokong bangsanya sendiri yg miskin dan alim.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan