Nilai ringgit jatuh kerana pemerintahan rasuah kata Tun Mahathir

NILAI Ringgit Malaysia jatuh kerana dunia hilang kepercayaan melihat pemerintahan yang terlibat dengan rasuah sekaligus mengakibatkan harga barangan meningkat dan bekalan tidak mencukupi kata bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir.

Scroll ke bawah untuk menonton video

"Dunia melihat satu pemerintahan yang cuai, yang terlibat dengan rasuah, mereka hilang kepercayaan dengan itu nilai matawang merosot, dan juga harga barangan naik, bekalan tidak mencukupi, dan macam-macam lagi masaalah yang menyerang rakyat kerana kesalahan pentadbiran Dato Seri Najib," katanya.


Menjawab soalan sama ada Himpunan Bersih menyebabkan ekonomi merosot, Tun Mahathir sebelum itu menegaskan bahawa ekonomi negara kini sudah pun merosot kerana pemerintahan perdana menteri.

"Dunia sudah tidak lagi percaya kepada keikhlasannya sebagai pemimpin kerana dia dituduh oleh seluruh dunia sebagai perdana menteri yang melesapkan wang berbilion-bilion ringgit, dan wang (itu) terdapat dalam akaun peribadinya," katanya.

Tun Mahathir berkata demikian dalam rakaman video promosi mengajak rakyat untuk turun beramai-ramai menyertai Himpunan Bersih 5 yang akan diadakan di Dataran Merdeka esok (19 November 2016).

Ringgit Malaysia hari ini menunjukkan kejatuhan lebih teruk apabila nilainya susut kepada RM4.40 berbanding Dollar Amerika (USD)


Kejatuhan itu dijangka bakal mengakibatkan peningkatan lebih tinggi harga barangan yang sudah sedia mahal sekaligus menambah beban kepada rakyat yang sudah sedia terhimpit.

4 Comments

  1. Cakap org tua nyanyuk haprak semua tak betul..bodohnya..semua negara didunia terkesan lah ..bongok..bukan malaysia saja..otak kosong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engko tuu yg bongok!

      Orang tua yg engko cakap "nyanyuk haprak" itu la yg tengah berusaha selamatkan negara tanah tumpah darah engko ni, dan engko plak buat apa? Garu teloq???

      Negara dah jahanam tapi masih lagi BUTA PEKAK BISU TULI

      Bingai punya manusia!

      Delete
    2. Hanya kerana seekor Najik? Kerana Najik seekor pemimpin pemimpin ko pun sanggup jadi lembu? Tak kira la siapa pemimpin tu tapi yang pasti mereka bukan maksum! Hadi Awang bukan maksum. Harussani lagi mangkuk!Ko dah memang lembab jiwa hamba otak udang jenis sanggup jadi pengesat kaki pemimpin lagi mau kempen suruh orang lain jadi hampas macam ko..! Kah kah kah..

      Delete
  2. Nggak usah khawatir insha Allah ekonomi malaysia bisa pulih.1 dolar Hanya 4 ringgit.
    Sedangkan indonesia 1 dolar 13000 rupiah saja rakyat indo biasa saja. Hehehe...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan