Peniaga di Thailand tampal notis tak mahu terima Ringgit Malaysia

TERSEBAR notis yang dikatakan ditampal oleh peniaga di premis perniagaan di Thailand yang tak mahu terima matawang Ringgit Malaysia difahamkan kerana nilainya yang tidak stabil sejak kebelakangan ini.

Notis tersebut ditulis dan ditampal dalam dua bahasa Inggeris dan Thailand. 

"We are sorry that from Nov 29, 2016, we will not be able to accept the Malaysian Ringgit." tulis notis itu.


Difahamkan para peniaga tidak sanggup menaggung kerugian jika menerima wang Ringgit Malaysia, RM dalam urusniaga perniagaan mereka seperti yang diamalkan sejak sekian lama sebelum ini.

Jika pelanggan tetap mahu gunakan nilai RM dalam urusniaga di Thailand, mereka meletakkan nilai yang jauh lebih rendah dari nilai terkini yang sepatutnya.



Jika anda pernah membeli belah di Thailand sebelum ini, tentu anda sedar bahawa para peniaga di sana sebelum ini tidak kisah, malah lebih suka jika anda membayar harga barangan yang dibeli gunakan matawang RM. Pada masa itu nilai RM stabil sebab itu mereka tidak kisah.

Tapi kebelakangan ini, nilai RM mengalami penyusutan yang ketara dan drastik berbanding USD menyebabkan para peniaga di sana tak sanggup tanggung kerugian jika berurus niaga gunakan matawang RM lagi. 

Perkara ini mudah difahami, kerana tentu sekali peniaga tidak mahu menyimpan matawang yang bukan sahaja tidak stabil, malah sedang mengalami penyusutan yang ketara dan berterusan.

Jika hari ini RM100 bersamaan dengan 800.00 Baht Thailand, minggu depan RM100 mungkin bersamaan dengan 700.00 Bath Thailand. Ini baru nilai RM100, kalau lebih besar nilai RM yang disimpan tentu lebih banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh peniaga.

8 Comments

  1. Ini mesti lobai2 punya kerja.
    Sokong umno dan..
    Beri kredit pada umno
    Akibatnya pelabur luar dr tak percaya kepada lebih tak percaya pada ringgit msia. Sbb lobai2 yg guna agama pun sokong kemungkaran yg dibuat umno.

    ReplyDelete
  2. 80 bath or 800 bath?

    ReplyDelete
  3. Mengikut kadar tukaran semasa 1 ringgit bersamaan 80 baht lah engok

    ReplyDelete
  4. Hahahaha.............ketawa besar sekali! Bagus!

    ReplyDelete
  5. Agak2 la rm100 = 80bath???. Rm1 80bath .. Apa daa admin ni...

    ReplyDelete
  6. http://themoneyconverter.com/MYR/THB.aspx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Latest Exchange Rates: 1 Malaysian Ringgit = 7.9952 Thai Baht

      Delete
  7. Aku bawak Rm115 je pergi siam, RM115 bersamaan 1,115 Baht. Itu dulu. Kalau turun daripada nilai tu tak payah pergi, kak siam pun bukan ada apa. Penyakit adale!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan