Rafizi Ramli dipenjara 18 bulan bawah Akta Rahsia Rasmi

AHLI Parlimen Pandan, yang juga Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur sebentar tadi selepas disabitkan bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi, OSA.

Rafizi Ramli disabitkan bersalah kerana memiliki dan mengedarkan Laporan Ketua Audit Negara tentang 1 Malaysia Development Berhad, 1MDB setebal 98 halaman.


Rafizi Ramli sebelum ini telah mengedarkan laporan audit tersebut yang telah diklasifikasikan sebagai rahsia kerajaan. 

Hukuman ini menunjukkan bahawa Laporan Audit 1MDB yang didedahkan dan disebarkan oleh Rafizi sebelum ini adalah dokumen tulen dan benar, bukan palsu atau fitnah.

Jika dokumen yang didedahkan oleh Rafizi adalah palsu atau fitnah, mahkamah tidak jatuhkan hukuman kepadanya di bawah Akta Rahsia Rasmi (Official Secret Act), sebaliknya mahkamah akan jatuhkan hukuman di bawah Akta Fitnah.

Siapa pun yang ada akal fikiran waras, pasti akan persoalkan apa sebab awal-awal lagi Laporan Audit 1MDB nak disorokkan dan diklasifikasikan sebagai rahsia negara?

Sepatutnya Laporan Audit 1MDB didedah kepada masyarakat umum, kerana ia merupakan isu yang rakyat nak tahu, ia melibatkan duit rakya.

Hutang 1MDB RM50 billion rakyat Malaysia yang akan membayarnya. Bagaimana laporan kewangannya boleh disorok di bawah Akta Rahsia Rasmi?

Mahkamah bagaimanapun dilapor membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu Rayuan dibuat oleh pihak Rafizi ke Mahkamah Tinggi. Wang jaminan dinaikkan dari RM3,000 kepada RM5,000.

1 Comments

  1. org yg menegakkan undang2 dikatakan bersalah kerana pencuri sebenar mempunyai kuasa utk menutup semua bukti2 yg nyata

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan