Tun M dakwa lebih 700,000 warga China akan diberi IC untuk mengundi

TUN Mahathir mendakwa lebih 700,000 warga China akan diberi kad pengenalan untuk membolehkan mereka mengundi pada pilihanraya akan datang. Beliau berkata demikian dalam Ceramah Bicara Rakyat Bersatu di Krubung, Melaka.

"Cerita yang saya dengar amat menakutkan, ada usaha untuk memberi kad IC kepada lebih 700 ribu orang ini (warga China) supaya mereka boleh mengundi dalam pilihanraya yang akan datang, ini cadangan kerajaan Najib," dakwanya.


Dakwanya lagi, Dato' Seri Najib Tun Razak berada di Negara China selama enam hari bukan sahaja berunding untuk membina landasan keretapi, tetapi turut 'berunding' untuk memasukkan lebih 700,000 warga China ke Forest City sebuah bandar baru yang dibina di Johor Baharu.

Tun Mahathir sebelum itu mendakwa, Forest City yang sedang dibina di Johor Baharu membina bagunan yang rapat, bagi rumah-rumah untuk menempatkan 700,000 orang.

Menurutnya lagi, orang Melayu di Johor tidak mungkin mampu membeli dan memiliki bangunan pencakar langit yang harganya tidak kurang dari RM1 juta bagi setiap unit rumah yang memiliki dua bilik.

Malah dakwanya lagi ada unit rumah yang jauh lebih mahal sehingga RM4 juta hingga RM5 juta bagi setiap unit.

"Orang Johor, Melayu ataupun Cina, ataupun India tak mungkin memenuhi bandar yang sebegini luas, bandar yang mempunyai penduduk sebanyak 700 ribu manusia,".

"Mereka akan dibawa daripada luar negeri, untuk membeli rumah dan tinggal di situ, hari ini pun mereka sedang melakukan perbuatan ini,".

"Tak lama lagi saya percaya akan terdirilah sebuah bandar yang diduduki oleh orang yang tidak tahu (tentang) Malaysia sama sekali, tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu, bahkan bahasa yang mereka guna juga tidak boleh difahami oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum," katanyanya.

Sumber — YouTube

8 Comments

  1. MahaKutty mesti ingat Najeebool akan ikut project MahaKutty IC Sabah!

    ReplyDelete
  2. MahaBugis anak didik mahafiraun akan lakukan apasaja untuk.berkuasa sama seperti pIS jual agama untuk sesatkan rakyat..

    Kata kata Tun m itu boleh di sahkan oleh article reuters dan bloomberg semuanya benar dan bukan hasutan !!!

    ReplyDelete
  3. cakap biar guna akal dan logik..eloklah mengucap dan bertaubat orang tua nyanyuk ni..makin banyak bercakap makin mengarut jadinya..yang mendengar pun sama2 tanggung dosa subahat..

    ReplyDelete
  4. Eloklah bertaubat. Kang tak sempat pulak....

    ReplyDelete
  5. Melayu UMNO percaya ketua2 bulat2
    semua menjilat lubang burit ketua2 mereka
    memang bodoh
    macam dah kena gula2
    gila wang ringgit

    ReplyDelete
  6. Usah dilayan org tua nyanyuk dan tak sedor diri tu...he not relevant anymore...

    ReplyDelete
  7. https://matpening.blogspot.com/2016/12/dakwaan-kemasukan-700000-warga-china.html?m=1

    ReplyDelete
  8. Najib = Ahok di Indonesia, kaki tangan comunist china

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan