Jualan motorsikal seluruh negara terjejas sejak GST dilaksanakan

SEJAK GST dilaksanakan pada tahun lalu jualan motorsikal seluruh negara terjejas dan menyebabkan ramai penjual motorsikal rasa bimbang dan tertekan lapor Sinar Harian, memetik kenyataan Datuk Tan Tien Chai, Timbalan Presiden Persatuan Pengedar Motorsikal dan Skuter Malaysia (MMSDA).


Bukan itu sahaja, kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia dijangka akan menyebabkan motorsikal terpaksa dijual dengan harga lebih mahal tahun depan sekaligus memberi kesan lebih buruk terhadap jualannya.

Datuk Tan turut dilapor menyatakan bahawa sistem pengangkutan awam di negara kita masih belum lagi sempurna, justeru penggunaan motorsikal tetap dianggap penting lebih-lebih lagi kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Motorsikal adalah pengangkutan yang amat penting di negara kita. Oleh itu harga yang dijual mestilah berpatutan bersesuaian dengan kemampuan golongan yang memerlukan,

"Bagaimanapun, jualan motorsikal bukan sahaja dikenakan GST sebanyak 6 peratus, malah turut dikenakan cukai eksais sebanyak 20 peratus.

"Harga motorsikal terpaksa dinaikkan mengikut nilai ringgit Malaysia dalam pasaran." Katanya.

Laporan ini menunjukkan kepada kita bahawa bukan sahaja pengguna pengguna iaitu rakyat kebanyakan sahaja yang terbeban selepaa perlaksanaan cukai rakus GST, malah para peniaga turut tertekan dan terjejas.

Puncanya sangat mudah difahami, bila GST dilaksanakan harga barang meningkat, bila harga meningkat maka kuasa beli pengguna akan berkurang. Mana tidaknya, harga barang semua naik gaji dan pendapatan rakyat tetap macam tu juga.

Sekali lagi aku teringat dengan kenyataan bodoh Ahmad Maslan satu ketika dulu — Harga barang boleh turun jika GST dilaksanakan.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan