Wang khairat kematian ayah kena potong RM3,200 bayar saham FGV

SEORANG anak Peneroka FELDA Palong, Negeri Sembilan mengamuk selepas mendapati wang khairat kematian ayahnya telah dipotong sebanyak RM3,200 oleh FELDA bagi membayar Saham Felda Global Venture, FGV.

Beliau mendakwa baki wang khairat kematian ayahnya yang meninggal dunia lebih setahun lalu sepatutnya berjumlah RM7,000 hanya RM3,800 diterima, manakala RM3,200 lagi telah dipotong untuk pembayaran Saham FGV.

Apabila ditanya mengapa FELDA membuat pemotongan terhadap wang khairat  kematian itu walaupun pemotongan bayaran Saham FGV telah dibuat setiap bulan melalui pemotongan hasil ladang, pegawai yang berkaitan sekadar menjawab, ia adalah arahan dari ibu pejabat.


Lebih menyedihkan, ibunya baru bercita-cita mahu gunakan duit tersebut untuk perbelanjaan menunaikan Ibadah Umrah di Kota Suci Mekah, nampaknya niat itu terpaksa dibatalkan.

Nilai saham Felda (FGV) yang dibayar setiap bulan oleh peneroka sehingga kini semakin merudum, harganya semakin jatuh.

Harga terkini Saham FGV ketika artikel ini ditulis ialah RM1.50 seunit berbanding nilai asalnya ketika mula disenaraikan ialah RM4.45 seunit — Nilainya menyusut lebih 66 peratus.



Setiap peneroka diperuntukkan sebanyak 800 unit saham bernilai RM3,560 dan dijanjikan dengan keuntungan, namun kini nilainya hanya tinggal RM1,200.

Sudahlah utung tak dapat, kini peneroka pula yang terpaksa membayar setiap bulan bagi menanggung kerugian saham tersebut.

10 Comments

  1. Ela..elaaaa..!!!
    Adat la nak main saham.
    Ada masa naik...ada masa jatuh.
    Main saham terbuka ni mesti la kena sanggup tanggung resiko.
    Kalau tak berani hadapi resiko lebih baik duit tu simpan dlm saham Amanah. Pasti ada untung tahunannya.

    Pasal potongan khairat kematian tu tak payah la kau marah2 pada pegawai tu. Dia cuma jln kan tugas. Nak marah...marah la pada FGV. Itu baru betul.

    Sekian


    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila sibanggang nak tunjuk pandai,Lahanat ni janji dapat dedak cukup la orang lain punya susah dia takder pikir.
      Haramjaxah punya manusia....

      Delete
  2. Bodonya komen.komen bangang mcm tu baik tk payah laa hehe

    ReplyDelete
  3. Felda ditadbir oleh orang tidak punyai kelayakan. Sebab itu semakin punah.

    ReplyDelete
  4. dulu bila orang nasihat ....jangan percaya saham FGV...tak percaya..kata semua orang iri hari ,jealouslah...sekarang tanggunglah sendiri...melayu senang diperbodohkan..

    ReplyDelete
  5. felda dah jd perompak berlesen, tipu peneroka kononnya saham FGV akan memberi pulangan hakikatnya peneroka habis duit kerana saham. Yg kaya Isa pendek, tak payah motong buah, tak payah keluar duit dpt peruntukan saham ratus2 ribu, lepas listing terus jual dpt ratus2 ribu RM

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Padan muka warga felda! Hidup umno, hidup melayu. Klu musang ditempatkan utk jaga reban ayam, apa yg kamu harapkan?

    ReplyDelete
  8. bentara2 umno: saham fgv jatuh semuanya salah DAP
    warga felda : celaka punya DAP

    Hahaha Biol betul

    ReplyDelete
  9. bodo punya DAP.tipu org melayu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan