Ketua Setiausaha Kementerian ditahan bersama jongkong emas RM3 juta

DALAM satu kenyataan media, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM mengesahkan telah menahan dua individu termasuk seorang Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian bergelar dato' kerana disyaki terlibat rasuah.

Susulan penahanan itu, SPRM telah menyita sejumlah wang tunai dan jongkong-jongkong emas dianggarkan bernilai RM3 juta.

KSU Yang berusia 59 tahun itu dipercayai telah menerima rasuah daripada pelbagai individu berkepentingan dengan cara menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya.

Turut ditahan ialah seorang individu berusia 29 tahun yang dipercayai berperanan sebagai penerima dan penyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit.

Kedua-dua suspek ditahan di Subang Jaya pada jam 8:00 pagi tadi.

Buletin Utama sebentar tadi turut melaporkan kisah penangkapan tersebut. Kalau tengok dari laporan, perkataan yang digunakan ialah KSU terbabit 'disyaki' terlibat rasuah.


Dalam erti kata lain, dia belum disahkan bersalah kerana belum dibuktikan sebagai bersalah di mahkmah. Kita faham tentang hal itu, tapi persoalan yang bermain di fikiran aku, jika bukan kerana rasuah, dari mana seorang KSU mampu memiliki jongkong-jongkong emas bernilai RM3 juta? 

Gaji dia sebulan berapa?

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan