Noh Omar ucap tahniah, tapi gambar dia lagi besar dari Faiz Subri

KEJAYAAN Mohd Faiz Subri merangkul anugerah Puskas FIFA 2016 mengundang ucapan tahniah pelbagai pihak, dari orang kebanyakan sampailah kepada individu berjawatan tinggi.

Tidak kurang juga ada ahli politik yang mengambil kesempatan mempopularkan diri dengan cara mereka bentuk infografik berbentuk ucapan tahniah kepada Faiz Subri, untuk disebarkan di media sosial, sama ada di profile facebook, mahupun page peribadi.

Namun oleh kerana tidak berhati-hati, niat mempopularkan diri itu kadang kala boleh bertukar kepada promosi yang memalukan diri.

Contohnya perkara itu berlaku terhadap Tan Sri Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


Tidak salah beliau mahu menyiarkan ucapan tahniah kepada Faiz Subri dalam bentuk infografik, namun barangkali kerana terlalu ghairah mempromosikan dirinya, sekaligus berharap sebagai menteri ucapan tahniah itu akan dipetik oleh media, gambar beliau diletakkan jauh lebih besar daripada gambar Faiz Subri dalam rekaan grafik tersebut.

Lebih lucu lagi, nama Mohd Faiz Subri diletakkan sebelah gambar besar Noh Omar memakai cermin mata, manakala nama Noh Omar diletakkan sebelah gambar Faiz Subri iaitu gambar kecil bahagian bawah.

Sampaikan seolah-olah bukan Faiz Subri, tapi Noh Omar yang terima anugerah Puskas, FIFA.

Perkara ini turut menerima kecaman warga media sosial.

"Kenapa gambar Noh Omar lebih besar dari Faiz Subri? Nak Rai siapa sebenarnya ni?" Soal Amar Auzirulanuar.

Manakala Mohammad Faizul Rosli menulis, "Tahniah Tan Sri, besarnya gambar Tan Sri, macam Tan Sri pulak yang menang anugerah..."

Seorang lagi dalam nada memerli mempersoalkan siapa sebenarnya Faiz Subri, "Mana satu Faiz Subri? Yang pakai spek tu ea?" Tulisnya.

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan