Pengarah Operasi SPRM bersara awal, kecewa kes SRC tidak ke mahkamah

"Bukan sahaja kecewa, malah saya rasa amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah," itu kata Pengarah Bahagian Operasi Khas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM Datuk Bahri Mohamad Zain yang dilaporkan memilih untuk bersara awal dari jawatannya.

Beliau dilaporkan memilih untuk bersara awal walaupun masih boleh bertugas sehingga tiga tahun lagi. 


Persaraan itu dibuat olehnya dikatakan kerana kecewa apabila kes yang dikendalikannya melibatkan SRC International yang juga merupakan anak syarikat 1MDB gagal dibawa ke mahkamah.

Siasatan kes rasuah SRC sebelum ini menggemparkan negara apabila media melaporkan, wang sejumlah RM42 juta ditemui dalam akaun bank peribadi perdana menteri, Dato Seri Najb Tun Razak.

Wang RM42 juta itu didakwa melalui dua syarikat lain iaitu, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd, sebelum dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri melalui dua transaksi pada 10 Febuari 2015 dan 26 Disember 2014.

Bahri dilaporkan berkata SRC yang merupakan bekas anak syarikat 1MDB telah menyeleweng wang rakyat secara terang-terangan

"Begitu banyak wang rakyat diseleweng secara terang-terangan. Saya tidak layak berkhidmat di bawah undang-undang sarang labah-labah," katanya.

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini juga pernah memberitahu bahawa beliau mendapat maklumat dari bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail mengenai wang RM42 juta yang ditemui oleh SPRM dalam akaun peribadi Najib.

Bagaimanapun Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, telah membersihkan nama Najib, daripada sebarang salah laku rasuah.

2 Comments

  1. Mana nak letak muka hang wahai Appendi.
    Taik pun hang boleh tipu bagitau orang yang tu ialah emas.
    Eh...eh...eh...ehhhhhh...
    Manusia jenis apa hang ni

    ReplyDelete
  2. Tunggu balsan di akhirat nanti.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan