Solat berjemaah di lapangan terbang sebagai protes terhadap Donald Trump

LARANGAN Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap pelancong dan pelawat daripada tujuh negara Islam untuk masuk ke negara itu selama 90 hari, serta sekatan terhadap pelarian mencetuskan bantahan besar-besaran rakyat pelbagai lapisan termasuk selebriti negara itu.



Pelbagai bentuk bantahan dan kecaman boleh dilihat di media sosial terhadap larangan Donald Trump itu.

Antara yang menarik perhatian ialah tidakan protes yang dilakukan oleh sekumpulan muslim Amerika Syarikat. Difahamkan, bagi menyuarakan bantahan, mereka melakukan solat secara berjemaah di lapangan terbang.


Jumaat lalu Donald Trump dilapor mengenakan sekatan selama empat bulan terhadap pelarian yang datang ke Amerika Syarikat, namun memberikan pengecualian kepada pelarian Syria yang beragama Kristian.

Trump dilaporkan turut mengenakan sekatan selama 90 hari terhadap pelancong dan pelawat daripada 7 negara Islam dengan alasan bagi melindungi rakyat Amerika dari serangan pengganas.

Negara Islam yang termasuk dalam sekatan tersebut ialah, Syria, Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman.

Beberapa penumpang yang tiba dari Iraq dan Yaman hari sabtu lalu telah dihalang untuk meneruskan penerbangan ke New York selepas sekatan Trump dilaksanakan. 

Mereka diarahkan pulang ke negara asal menerusi penerbangan seterusnya meskipun merupakan memegang visa yang sah.

Tindakan Trump mengundang pelbagai polemik kerana ia jelas sekali melanggar perlembagaan negara yang menjadi dasar undang-undang negara kuasa dunia itu.

Pengasas facebook, Mark Zuckerberg turut menyuarakan bantahan menerusi akaun facebook miliknya.


"Seperti kebanyakan anda, saya juga bimbang dengan impak daripada arahan eksekutif terbaru yang ditandatangani oleh Presiden Trump.

Kita perlu memastikan negara ini selamat, namun kita patut lakukannya dengan memberi tumpuan kepada pihak yang sebenarnya memberi ancaman. 

Meluaskan tumpuan pihak berkuasa melangkaui pihak yang benar-benar mengancam hanya akan menjejaskan keselamatan rakyat Amerika dengan mengalihkan sumber-sumber negara," tulisnya.

"Kita harus mengekalkan dasar pintu terbuka kita kepada pelarian dan mereka yang memerlukan bantuan, itulah kita," tambahnya lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan