Tan Sri Annuar Musa digantung tugas sebagai Pengerusi MARA

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan telah digantung tugasnya berkuat kuasa serta merta. Malah jawatannya sebagai pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) turut digantung.


Oleh itu semua tugas Annuar di dalam egensi berkenaan dipangku oleh Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob.

Keputusan itu difahamkan diambil selepas berlangsungnya satu mesyuarat tergempar yang bermula sejak jam 9 pagi tadi di Ibu Pejabat Mara, di Kuala Lumpur.

Tan Sri Annuar Musa dilaporkan telah diberitahu tentang penggantungan tugasnya itu, dan beliau akur menerima keputusan hasil persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dr Yusof Yacob dan Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin.

Tengku Mahkota Johor sebelum ini mendedahkan beberapa dokumen bukti mendakwa Tan Sri Annuar Musa menyalah gunakan dana MARA dan UniKL untuk menaja pasukan Bola Sepak Kelantan The Red Warriors.


Annuar Musa kemudian didedahkan sebagai pemilik The Red Warriors Sdn Bhd, syarikat yang menerima dana daripada Pepaburan Mara Bhd dan UniKL di mana beliau adalah pemegang sahamnya.

2 Comments

  1. Kita mahu musang berjanggut ini di bicarakan dan dipenjara.
    Pemimpin yg melakukan kesalahan dan bersifat musang berbulu ayam mesti dihukum seberat2nya.

    ReplyDelete
  2. Ambil dua keping duit 10sen, kepit dan cabut janggut dia sehelai demi sehelai, biar dia menjerit !

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan