Ulasan negatif tentang saham FGV tidak berasas kata Isa Samad

TAN Sri Isa Samad, pengerusi Felda menyifatkan ulasan negatif sesetengah penulis blog di Malaysia tentang saham Felda Global Venture, FGV sebagai tidak berasas dan mempunyai tujuan-tujuan tertentu.

"Saya percaya dengan perancangan yang kita telah buat, FGV akan jadi lebih baik pada masa akan datang," kata Isa seperti dilaporkan oleh Sinar Harian. 

Rujuk — Sinar Harian

Ini kata-kata Isa Samad, dalam tahun 2012, masa tu harga saham FGV seunit RM5.05. Dia kutuk kononnya ulasan negatif para penulis blog di Malaysia tentang Saham FGV pada masa itu tidak berasas.

Kononnya dialah yang pandai mentadbir Felda, dia yakin harga saham FGV akan melonjak di masa hadapan, semua kritikan diterima bukan sahaja tidak dipertimbangkan, malah dibakul sampahkan dan dituduh sebagai memfitnah.

Baiklah itu cerita tahun 2012, masa itu harga Saham FGV RM5.05. Mari kita lihat harga terkini Saham FGV. Pada masa artikel ini ditulis, harga saham FGV merudum teruk kepada hanya RM1.70 seunit dalam kata lain nilainya merosot teruk hampir 70 peratus.


Malah kalau kita lihat, semasa Isa Samad kata ulasan negatif penulis blog terhadap Saham FGV itu sebagai tidak berasas, lepas tu harga Saham FGV terus jatuh merudum, dan trend menurun itu berterusan sampai ke hari ini.

Jadi sekarang, penulis blog yang tidak berasas atau Isa Samad yang yang terlalu bongkak tidak mahu terima kritikan? 

Akibat sikap bongkak Isa Samad itu, kini peneroka Felda yang terpaksa menanggung hutang untuk membayar saham yang jatuh merudum. Sampaikan Wang Khairat Kematian Peneroka Felda dipotong sebanyak RM3,200 untuk membayar saham bodoh yang merudum itu.

2 Comments

  1. Ulasan negatif yg mengatakan isa samad tak cukup tinggi juga tak berasas!

    ReplyDelete
  2. Ulasan negatif bahawa Isa Samad adalah saksi utama kes tangkapan VIP di PD juga tidak berasas

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan