Suami isteri ditangkap khalwat saman Jabatan Agama Wilayah Persekutuan

PASANGAN suami isteri yang sudah berkahwin sejak 3 tahun lalu dilaporkan mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, (JAWI) kerana menahan mereka dalam satu operasi khalwat bulan lepas.


Pada 8 Januari, 7 orang pegawai penguatkuasa bersama seorang pegawai penguatkuasa wanita dilaporkan, telah menyerbu sebuah hotel pada jam 1:30 pagi dalam satu operasi khalwat.

Antara yang telah diserbu dalam operasi tersebut ialah Mohd Ridhuan Giman, 34 bersama isterinya Siti Sarah Maulad Abdullah, 26. 

Ridhuan telah menunjukkan gambar sijil nikah mereka kepada pegawai yang menyerbu, namun pegawai tersebut tidak mengendahkan sebaliknya terus menyerbu masuk mengambil gambar serta video walaupun Siti Sarah minta diberi peluang untuk memakai pakaian.

Mereka turut mendakwa Siti Sarah masih berada di dalam bilik dan disuruh memakai pakaian dengan kehadiran pegawai penguatkuasa lelaki ketika Riduan dibawa ke lobi hotel.

Mereka kemudiannya dibawa ke ibu pejabat JAWI dan di kurung secara berasingan.

Ibu Ridhuan dilaporkan telah datang membawa sijil pernikahan asal pada malam yang sama untuk mendapatkan pelepasan, namun pihak JAWI enggan menerima sijil itu.

Pegawai penguatkuasa bernama Mohd Shiham Ramli, Mohamad Izehar Md Amin, ketua pegawai penguatkuasa agama, ketua pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia telah dinamakan dalam saman pasangan tersebut sebagai defendan.

Dakwa mereka, penangkapan yang dilakukan terhadap mereka adalah melanggar hak asasi dan tidak sah.

5 Comments

  1. betui ke bertindak atas agama.. atau nafsu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biadap betul. Ini bukan menjalankan tugas tapi nak ambil kesempatan. Jantan sangap guna agama sebagai alasan nak tangkap video buat koleksi..

      Delete
  2. Hah sesuai lar tu Pihak Jawi di ambik tindakan...Bertindak di atas nama Agama tapi tak berfikiran waras..Dah fanatik sangat dan bangga dengan jawatan sbg peg penguatkuasa agama tanpa menyiasat dengan betul...

    ReplyDelete
  3. Sape buat repot? Jawi takkan datang tangkap suka2 lainlah memang ada operasi kat kawasan tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan