Korea Utara haramkan semua rakyat Malaysia keluar dari negara itu

PYONGYANG mengharamkan kesemua rakyat Malaysia termasuk diplomat-diplomat daripada meninggalkan Korea Utara lapor sumber berita negara itu.

Rakyat Malaysia yang berada di negara itu berpotensi untuk dijadikan tebusan di tengah-tengah ketegangan diplomatik antara Korea Utara dan Kuala Lumpur lapor The Star.



"Buat sementara waktu semua rakyat Malaysia di DPRK diharam meninggalkan negara sehingga insiden yang berlaku di Malaysia dapat diselesaikan," lapor sumber berita rasmi Korea Central News Agency, KCNA.

Hubungan antara Kuala Lumpur dan Pyongyang mula tegang selepas kematian adik beradik tiri pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong Un di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dipercayai melibatkan dua wanita menggunakan ejen saraf VX.

Seol, Korea Selatan menuduh Pyongyang terlibat dalam pembunuhan tersebut, manakala kerajaan Malaysia telah menahan beberapa rakyat Korea Utara untuk soal siasat, namun hanya seorang yang ditahan telah dibebaskan kerana kekurangan bukti untuk mendakwa.

Sebelum ini, Malaysia telah menghalau duta besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol kerana gagal menghadirkan diri selepas dipanggil oleh Wisma Putra dengan mengistiharkannya sebagai persona non grata.

BACA — Malaysia halau duta Korea Utara, arah tinggalkan negara dalam masa 48 jam

Susuran tindakan itu, Korea Utara telah mengambil tindakan yang disifatkan sebagai membalas dendam dengan mengistiharkan duta besar Malaysia di Korea Utara, Mohamad Nizan sebagai persona non grata di negara itu.

6 Comments

  1. Admin tolong delete komen kat atas ni.. dia ajak main nombor pulak

    ReplyDelete
  2. DIDI KOTA BELUD7 March 2017 at 17:00

    hehehehhee...hampir aku terlupa pasal rompakan 1MDB sebab cerita ni...persona non gratia punya najib.....kakakakkakaak

    ReplyDelete
  3. Sejak menjak NajibTuya jadi dan belum kadi PiEm ni macam kes terjadi.Kes Ziana Zain laa Kes Antatuya laa Kapal Selam laa kes Mh370 laa kes Kapal Terbang Mas kena tembak kt Ukraine laa lah ni Kes Adik tiri Presideng Korea Utara mati dibunuh kat Malaysia plak tu.macam macam BALA hasil dari Pemerintahan Zalim Najibtuya.ini bukan Cobaan Ini BETUL BETUL Bala ALLAH swt.

    ReplyDelete
  4. Skrg baru kena buku dgn ruas,lepas rakyat teraniaya,harta negara pula tergadai,kini keselamatan negara dan rakyat terancam,K.U ada nuklia,lebih 1juta tentera ,70 buah kapal selam,malaysia ? ada ? tak puas puas perah rakyat..

    ReplyDelete
  5. Ha5..
    Bapak lanun nak cari simpati rakyat pulak.
    Konon2 rating blh naik la.
    Pasti lps ni lanun2 akan main isu "petriotik" pulak kat rakyatnya.
    Mcm isu kat Sabah itu hari.

    ReplyDelete
  6. Korea Utara ni dah melampau, dia belajar sejarah ke, kita pada Mac 2013 kita gempur Sulu kat Lahad DAtu, nak kena macam tu ke!, ingat GGk kita dgn Vat 69 takut nak lawan!,Jepun bolehla ko ko korea gertak ini Malaysia, Negara BERDaulat

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan