Loading...

Ahli politik didedah sebagai dalang pelacuran remaja Melayu di Melaka

PEMIMPIN United Malay National Organization (Umno), Mohamed Mustafa yang sebelum ini didakwa di mahkamah Ayer Keroh kerana positif dadah jenis Methamphetamine, dilapor mendedahkan dalang pelacuran remaja Melayu yang berlaku di Melaka.

Beliau yang merupakan Naib ketua Umno Bahagian Bakri Muar mendakwa sindiket pelacuran itu didalangi seorang ahli politik berpangkat 'datuk seri'.


Menurutnya, seorang wanita didakwa menjadi dalang bagi sindiket pelacuran kelas atasan yang berlaku di Melaka itu. 

Wanita berusia 40 tahun itu dakwanya ada kaitan dengan aktiviti melacur remaja perempuan di sekitar Melaka dengan menyasarkan golongan VIP sebagai pelanggan.

Mohamed Mustafa mendakwa, wanita tersebut memberitahunya sendiri bahawa kegiatan ini membabitkan remaja perempuan seawal usia 14 tahun yang dilatih untuk menjadi pelacur kelas atasan.

Bayaran yang diterima oleh pelacur-pelacur ini pula adalah sekitar RM2,000 hingga RM5,000 untuk satu malam. Sindiket itu juga dipercayai licik di dalam memujuk remaja berbangsa Melayu menyertai mereka dengan dijanjikan kemewahan.

Tambahnya lagi, ada di antara remaja yang dilacurkan itu dipaksa merakam aksi seks mereka untuk dijual. Beliau berharap agar pendedahannya itu dapat perhatian dan disiasat oleh pihak berwajib.

Post a Comment

4 Comments

  1. THIS IS INTERESTING!!!COMING SOON....

    ReplyDelete
  2. No wonder ada sekolah khas buat para penuntut yang mengandung.

    ReplyDelete
  3. Oh melaka,semakin lama semakin hawaw,makan rasuah,salah guna kuasa,kini main pelacur muda pulak,!!
    patutlah bila Hang Tuah kata,tak kan melayu hilang di Tanah Melayu nya,Parameswara kata " Pundamanak umngok..

    ReplyDelete
  4. Judi Bola Taruhan Bersama Kami Bolavita
    Mari Daftarkan Diri Anda Sekarang Kami
    Deposit & Withdraw Hanya Rp,50.000
    Segera Kunjungi Website di www(titik)bolavita(titik)org
    Bisa juga hubungi , info :
    BBM : D8C363CA
    wechat : bolavita
    whatup : 6281377055002
    Email : cs@bolavita .com

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda