Lelaki cetus komen perkauman mohon maaf, dakwa akaun mungkin kena godam

KEJADIAN sekumpulan jemaah masjid di Johor Bahru yang menyerang sebuah kereta semalam telah sedikit sebanyak membangkitkan isu perkauman.
Sebuah komen yang ditulis oleh akaun Facebook Kenneth Chong antara yang menjadi tular di media sosial kerana dilihat cuba menimbulkan ketegangan antara kaum di Malaysia sekaligus menimbulkan kemarahan orang ramai.


Menyedari komen yang ditulis olehnya itu menjadi viral di media sosial dan menimbulkan kemarahan orang ramai terutama orang-orang Melayu, Kenneth Chong tampil membuat permohonan maaf melalui akaun tersebut.

Dalam permohonan maaf itu, dia mendakwa tidak berniat untuk mengeji mana-mana pihak, malah dia juga terkejut bagaimana perkara itu boleh berlaku. Dakwanya lagi, akaun Facebook yang digunakan olehnya turut sama digunakan oleh ramai orang lain untuk mendaftar permainan atas talian (online game).

Kenneth membayangkan mungkin ada pihak tertentu yang telah melakukan perbuatan khianat atau telah menggodam akaun facebook miliknya itu.

Bagi memastikan perkara tersebut tidak berulang lagi, Kenneth mendakwa telah menukar kata laluan akaun tersebut.

"Saya kenneth chong, di sini minta maaf kepada semua di atas sebab kesilapan yang semalam post komen saya dari id facebook saya, saya berharap semua pihak tidak perfikiran negatif, saya tidak berniat untuk menuji kepada mana mana pihak

Saya pon terperanjat tentang ini berlaku, sebab id facebook saya ada online game , dan id saya banyak orang pakai untuk login game tersebut, saya pun tidak tahu hal ini berlaku, dan saya sudah tukar password bagi mengelakan perkara begini berlaku lagi, saya JANJI perkara ini tidak akan berlaku lagi....  

MINTA MAAF KEPADA SEMUA PIHAK," tulisnya.

5 Comments

  1. Senang jer...bila bagi komen2 negatif...lepas tu mohon maaf....damage already done...mesti diambil tindakan supaya beringat sebelum buat...

    ReplyDelete
  2. Kau percaya ke Cina ni? Dia dah tahu nak kena cekup.

    ReplyDelete
  3. 'saya JANJI perkara ini tidak akan berlaku lagi'

    apa makna?

    ReplyDelete
  4. harap Pihak Polis tangkap dan dakwa Cina ni.komen dia cukup Pedas dan bersifat Kurang Ajar.

    ReplyDelete
  5. Makin menjadi2 bila ada org cina yg tidk tau hormat org Melayu & agama Islam. Klu dia hormat..knpa mesti hon dan memaki2 org solat di masjid? Kenapa msti memaki org Melayu & Islam di fb dll? Lps ni tidk mustahil, ada lg org cina yg 'samseng' makan penampar oleh org Melayu sbb makin kurg ajar!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan