Mufti setuju cukai GST hukumnya haram

SALAH satu laporan dalam Akhbar Sinar Harian semalam yang bertajuk 'Mufti Setuju GST Haram'. Di bawah ini aku salin semula laporannya.

Perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan pada masa kini telah menimbulkan banyak masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan rendah.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebarang tindakan dan polisi membebankan serta menganiaya rakyat adalah haram kerana bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam seperti diperintahkan oleh ALLAH SWT kepada kerajaan untuk menegakkannya.


"Seperti yang semua sedia maklum, memang kita sering mendengar rungutan terhadap sistem percukaian sedemikian (GST) sejak awal ia diperkenalkan lagi.

"Secara umum saya bersetuju GST seperti dilaksanakan pihak kerajaan telah menimbulkan masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan kecil," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kelmarin Dewan Ulama PAS melalui ketuanya Datuk Dr Mahfodz Muhamed berkata GST perlu dihapuskan kerana kaedah percukaiannya adalah haram dan tidak menepati Syariat Islam.

Justeru Wan Salim berkata dari perspektif Islam, cukai tidak harus dikenakan ke atas golongan miskin dan berpendapatan rendah. 

"Sebaliknya, antara tujuan cukai dipungut ialah untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat jelata yang memerlukannya, di samping melaksanakan pembangunan negara dalam pelbagai sektor," katanya.

Sehubungan itu, Wan Salim mencadangkan agar perlaksanaan GST dapat dikaji semula supaya ia lebih adil dan tidak membebankan golongan berpendapatan kecil.

Beliau berkata cukai seperti itu sepatutnya dihadkan hanya kepada golongan kaya termasuk syarikat-syarikat korporat.

"Pihak Kerajaan perlu menentukan had minimum pendapatan individu dan Syarikat untuk dikenakan GST," katanya.

Inilah beza antara Mufti yang berani berkata benar di hadapan pemerintah zalim berbanding mufti pengampu yang hanya sanggup mengampu pemerintah zalim demi menyelamatkan periuk nasinya.

Bila Mufti pun sudah kata cukai GST hukumnya haram, kerana membebankan dan menyusahkan hidup rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah. Maka eloklah cukai GST ini dihapuskan terus.

Hapus cukai rakus!

12 Comments

  1. Semasa Pembentangan Perbelanjaan Budget untuk tahun 2015, 2016 dan 2017 tak ada seorang pun dari Parti Pak Lebai yang menyokong mau pun membantah. Kesemua mereka duduk diam saperti lembu kenyang, kecuali M.P dari Pokok Sena sahaja yang bersuara.Sekarang baru kedengan suara menyatakan bahawa GST itu haram. Dah tersepak tunggul baru sedar, haramjadah betul lah puak puak Parti Pak Lebai ni.

    ReplyDelete
  2. Nik Abduh kata mereka membantah sambil berdiri, duduk dan baring. Sambil gentel telor dalam dewan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju! nak eramkan teloq tu supaya boleh berbini banyak..màklumlah duit dedak dah banyak, bukan setakat v7 jet supersonik puñ boleh bagi kat bini bini tu

      Delete
  3. Pas xleh pkai. Dh rasuah berleluasa pun nk bs3kongkokol. Br ni nk ckp GST tu haram...depa dh kutip duit bilion dah..

    ReplyDelete
  4. Nak jadi king maker konon. Yg nampak confim jadi KING MAKIE ADALAH. rakya makin tertekan dgn kos hidup yg tingi. Tok lebai muktamar sepatut kuar idea tingkatkan ekonomi ke atasi masalah sosial ke. Ni duk maki hamun caci maki ikrar jahanamlah. Memang parti jahanam. Jado punaisihat ajelah. KALAU PEMBANGKANG SEMUA BERSATU Sure kerajaan akan goyang n lebih beehati2 dlm tindakan yg membebankan rakyat. Sepatut parti bertindak utk kepentingan kesejahteraan rakyat n keselesaan rayat. Ini ruu355 dipolitikkan hanya tujuan untuk mengkafirkan memunafikkan n memaki hamun org. Mmg jahanam agamawan akhor zaman.

    ReplyDelete
  5. Orang2 agama ini yg menentukan GST haram kerana, menurut mereka, ia membebankan rakyat miskin. Saya boleh memahaminya,,,
    Tapi untuk Cukai Pintu dan Cukai Tanah pulak??,,, dan apabila orang miskin merokok, petrol untuk kereta atau motosikal, membeli barangan dan perkhidmatan, mereka membayar semua bentuk cukai dan duti dalam sistem SST yg lama tu, tak pulak ditimbulkan sebagai haram,,,!!!
    Tak disentuh pulak kepentingan GST dapat menutup kebocoran SST dimana kecurangan peniaga2 dan tauke2 korporat sudah lama lakukan dan mengecap kenikmatannya,, sudah berdekad2, gananya pulak tu...??
    Jika anda audit semua jabatan agama diseluruh Malaysia untuk menentukan berapa banyak wang yang mereka telah sia2kan sejak 30 tahun lepas sahaja, anda akan terkejut,,,
    Pembaziran demi pembaziran,,,, lihat.... adakah ini tidak haram..??
    Image may contain: sky, cloud and outdoor - masjid2 yg tersergam indah,,, dimata sapa lak tu...??

    ReplyDelete
  6. GST memang haram! cuba korg fikir, org yg terima zakat beli brg yg ada GST!

    hukum apa yg kerajan guna utk kenakan cukai pd wang zakat?

    ReplyDelete
  7. Di zaman ini perbelanjaan sesebuah kerajaan bukanlah seperti di zaman silam. Skg kerajaan perlu membina banyak hospital, sekolah, universiti, lebuhraya dsb dan perlu wang utk menyara kakitangan infrastruktur ini dan baikpulihnya. Tanpa wang cukai bagaimanakah semua ini boleh dilakukan. Mahukah kita hidup tanpa hospital, sekolah dsb. Negara2 Islam diseluruh dunia pun tidak buang konsep percukaian terus menerus> Mereka mengenakan berbagai2 bentuk cukai (spt cukai tanah, cukai pintu, cukai harta, cukai barangan dan perkhidmatan dsb) utk mendptkan wang utk membiayai pembangunan dan membayar gaji kakitangan kerajaan. Skg ada gulungan peniaga yg tak suka GST krn mereka dah tak boleh buat 'dua buku kira2' utk lari cukai dan mereka membuat provokasi (ada juga menggunakan pemimpim politik dan ugama) supaya rakyat menggesa agar kerajaan tarik balik gst dan mereka boleh kembali kpd perangai lama. Banyak barangan asas yg tak dikenakan cukai utk faedah kaum yg berpendapatan rendah. Tapi kalau mereka tak ukur baju di badan sendiri, nak pasang Astro, smart phone, branded jeans and T-shirts... susahlah. Kita masih boleh melihat mereka yg berpendapatan rendah pergi ke pasar atau pasaraya utk beli serai dan pandan yg sedia diproses dan diikat walhal benda ini boleh ditanam dlm pasu di keliling rumah. Org Melayu akan lebih maju jika mereka giat bekerja dgn tangan dari bekerja dgn mulut

    ReplyDelete
  8. Terima kasih mufti P Pinang & Perlis.
    Yg mufti2 lain mana......

    ReplyDelete
  9. Salam..Buat apapun jika malas tidak akan menyelesaikan masalah..berbelanjalah ikut kemampuan bukan ikut apa lu mau..yg dok melalak puak pembakang..APA yg mung bg pd rakyat?susah...miskin..aku tengok tiap Kali Raya jem kenderaan..kereta berlambak..kedai makan 24 jam bercambah mcm cndawan..org asing kutip duit di negara ni..ambe sokong GST sistem percukaian terbaik didunia..kerajaan terus membela rkyt marhain..kelemahan GST perlu diperbaiki..Jgn salahkan org jk anda MISKIN!!

    ReplyDelete
  10. SEKEDAR INFO BOCORAN TOGEL
    JIKA ANDA BUTUH A'NGKA GHOIB/JITU
    SGP HK MALAYSIA ARAB SAUDI LAOS
    2D_3D_4D-5D-6D-7D DI JAMIN 100% TEMBUS...
    SAYA BUKTINYA SUDAH 5X JP
    DAN SAYA SUDAH BENER2 YAKIN DENGAN AKI RORO
    YANG TELAH MEMBERIKAN ANGKA RITUAL NYA
    BAGI ANDA YANG SUKA MAIN TOGEL
    & INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN GABUNG DENGAN AKI RORO
    SILAHKAN HUB DI NO: ((_082_336_642_456_))


    Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
    benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
    dan alhamdulillah saya dpat Rp 250 juta dan semua ini
    berkat bantuan angka dari AKI RORO
    karena cuma Beliaulah yang memberikan angka
    ritual yg di jamin 100% tembus awal saya
    bergabung hanya memasang 100 ribu karna
    saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
    tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
    angka nya,,,,buat anda yg butuh angka yang di jamin tembus
    hubungi AKI RORO DI NO: ((_082_336_642_456_))
    insya allah beliu akan siap menbatu kesusahan anda
    ''kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T dan terima kasih banyak nkepada AKI RORO

    ReplyDelete
  11. Dapatkan Bonus Rollingan Casino Hingga 0.7%
    Langsung Saja Gabung Dengan Kami www(titik)bolavita(titik)org
    Untuk Info, Bisa Hubungi :
    BBM : D8C363CA / BOLAVITA (NEW)
    wechat : bolavita
    whatup : 6281377055002
    Email : cs@bolavita .com

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan