Orang buang sisa toksik, 23 penduduk dikejar ke hospital terhidu gas beracun

DIFAHAMKAN ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuang tujuh tong sisa toksik berbahaya di Kampung Tambak Paya, Melaka.

Akibat daripada perbuatan itu, dilaporkan seramai 23 orang penduduk kampung berkenaan, telah dikejarkan ke hospital selepas terhidu gas beracun yang dipercayai dari tong sisa toksik yang dibuang di dalam sebuah rumah kosong.



Difahamkan pihak bomba dan penyelamat telah mengarahkan berpuluh-puluh rumah penduduk di kawasan berkenaan supaya dikosongkan. Ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang gangguan masalah kesihatan.

Gas beracun tersebut difahamkan berbau busuk, memedihkan mata dan tekak. Justeru edaran topeng muka telah dibuat bagi melindungi penduduk di kawasan berkenaan.



Ahli Parlimen Bukit Katil, YB Shamsul Iskandar memaklumkan melalui akaun media sosial miliknya, menyeru orang ramai agar tidak masuk ke kawasan Tambak Paya, kerana kejadian itu.

2 Comments

  1. Harap Admin kasi blok komen yg diatas.jual tiket judi haramjadah.

    ReplyDelete
  2. Menangkan uang jutaan rupiah dengan cepat
    Segera kunjungi website www(titik)bolavita(titik)org
    Info, segera hubungi :
    BBM : D8C363CA
    wechat : bolavita
    whatup : 6281377055002
    Email : cs@bolavita .com

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan