Polis bawa suspek ke tahfiz untuk lakon semula perbuatan

PIHAK polis hari ini dilapor membawa seorang daripada tujuh suspek yang ditahan susulan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ke tempat kejadian. Sebuah van membawa pegawai-pegawai polis dan suspek berusia 16 tahun itu tiba di tempat kejadian sekitar 11.50 pagi.

Remaja itu dalam keadaan bergari dan wajahnya dipakaikan topeng telah dibawa ke dalam halaman sekolah berkenaan sebelum dibawa ke belakang bangunan. Dia dipercayai dibawa ke situ untuk melakonkan semula kejadian yang telah berlaku sebelum terjadinya kebakaran pada 14 September lalu.



Mereka mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum menggunakan tangga di bahagian belakang bangunan untuk naik ke tingkat atas. Pihak polis dan suspek meninggalkan sekolah berkenaan sekitar 12.50 pagi.

Pihak polis telah memperketatkan kawalan di sekeliling sekolah berkenaan untuk mengelakkan daripada pihak media dan orang awam mengambil gambar suspek.



Unit forensik juga dilihat berada di tempat kejadian sedang memeriksa dan mengambil gambar-gambar bagi melengkapkan siasatan mereka.

Sekitar jam 5.00 pagi pada 14 September lalu, satu kebakaran berlaku di tingkat tiga sekolah tersebut membawa kepada kematian 21 pelajar dan 2 warden hostel.

Ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh, pada malam hari Sabtu mengesahkan bahawa tangkapan tujuh individu, yang berusia di antara 11 dan 18, untuk membantu siasatan kes berkenaan yang dipercayai telah tercetus akibat dendam.

Tempoh tahanan reman selama seminggu terhadap suspek-suspek tersebut akan tamat esok. Bagaimanapun Harian Metro (HM) hari ini melaporkan bahawa pihak polis akan memohon untuk menyambung tahanan reman bagi ketujuh-tujuh suspek.

Permohonan itu akan dibuat esok bagi melengkapkan kertas siasatan. Bagaimanapun tempoh reman itu bergantung kepada keputusan timbalan pendakwaraya.

2 Comments

  1. Saya Atas Nama IBU SITI AISYA posisi sekarang DI HONGKONG
    bekerja sebagai pembantu gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka internet ada seseorng berkomentar
    tentang AKI SOLEH katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna Saya Ada DI HONGKONG ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI SOLEH
    angka yang di berikan 4D Yaitu ((( 0474 ))) insya allah anda bisa seperti Saya menang togel 175
    juta, wassalam.
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun, syukur alhamdullillah sekarang sudah senang
    dan rencana mau pulang ke indo untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI SOLEH
    DI NO: ((( 082~313~336~747 )))
    tak ada salahnya anda coba
    karna angka ritual AKI tidak perna meleset
    saya jamin 100% tembus AKI SOLEH tidak akan mengecewakan...
    angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
    angka GHOIB; malaysia
    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
    angka GHOIB; laos 4D/


    ReplyDelete
  2. Menangkan uang jutaan rupiah dengan cepat
    Segera kunjungi website www(titik)bolavita(titik)org
    Info, segera hubungi :
    BBM : D8C363CA
    wechat : bolavita
    whatup : 6281377055002
    Email : cs@bolavita .com

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan