Ringkasan Bajet 2018 yang dibentangkan Najib

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan bajet 2018 sebentar tadi di Dewan Rakyat. Bagi anda pembaca yang tidak sempat mengikuti pembentangan bajet tersebut, di bawah ini disenaraikan 35 ringkasan senarai penuh pengumuman-pengumuman yang telah dibentangkan oleh Najib dalam pembentangan bajet 2018 yang baru berlangsung sebentar tadi.



1. Kerajaan mensasarkan 3.3 peluang pekerjaan baru menjelang tahun 2020. Sasaran itu kini kata Najib sudah mencapai angka 69 peratus.

2. Pendapatan bagi isi rumah B40 meningkat daripada RM2,629 kepada RM 3,000 sebulan bagi tahun antara 2014 hingga 2016.

3. Bagi tahun 2018, kerajaan menjangka kutipan hasil negara akan mencecah kepada RM239.86 bilion

4. Dana Pinjaman TEKUN memperolehi peruntukkan RM500 juta disifatkan Najib sebagai paling tinggi pernah diperuntukkan.

5. Pulau Pangkor kini diumumkan sebagai pulau bebas cukai, namun pengecualian cukai itu tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor.

6. Kerajaan bakal mengkaji pembinaan jambatan besar yang boleh menghubungkan antara Wilayah Persekutuan Labuan dan Tanah Besar Negeri Sabah.

7. Setiap anak yang lahir mulai 1 Januari 2018 sehingga tahun 2022 akan diberikan wang tabungan diberi nama Amanah Anak Malaysia 2050 (ADAM50) berjumlah RM200.

8. Setiap pelajar yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi termasuk pelajar tingkatan enam akan terus diberi bantuan baucar buku bernilai RM250.

9. 14 Kompleks Sukan baru akan dibina di seluruh negara. Sejumlah RM1 bilion diperuntukkan untuk program-program berkaitan sukan.

10. Bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diskaun pembayaran balik pinjaman tabung itu dilanjutkan lagi sehingga bulan Disember 2018.

11. FELDA terima RM200 juta peruntukan bagi sistem bekalan air dan menaiktaraf jalan serta lampu-lampu jalan. RM164 juta diperuntukkan untuk membina 5000 unit rumah generasi kedua Felda dengan kerjasama SPNB.

12. Kerajaan turut memperuntukkan RM65 juta bagi pembangunan kampung-kampung baru Cina. Turut diumumkan tambahan lagi RM10 juta peruntukan bagi membaik pulih rumah.

13. Tempoh cuti bersalin wajib bagi sektor swasta kini dinaikkan daripada 60 hari kepada 90 hari seperti yang dilaksanakan kepada kakitangan awam sebelum ini.

14. Peruntukan BR1M dikekalkan di mana seramai 7 juta penerima yang layak di seluruh negara akan mendapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Sejumlah RM6.8 bilion diperuntukkan untuk tujuan itu.

15. Cukai pendapatan individu bermastautin, kadarnya diturunkan sebanyak dua mata peratusan bagi pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000.

16. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM3.9 Billion subsidi untuk barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.

17. Dalam tahun 2018, sebanyak 50 buah kedai akan dijadikan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M 2.0) dan jumlah ini akan diperluaskan kepada 3,000 buah kedai dalam masa tiga tahun.

18. Beberapa tol akan dimansuhkan mulai 1 Januari 2018. Antara tol-tol yang dimaksudkan ialah Tol Batu Tiga Shah Alam dan Sungai Rasau Selangor, Bukit Kayu Hitam, Kedah, dan Lebuhraya Penyuaraian Timur (EDL) di Johor.

Berita lanjut — Kerajaan mansuhkan 4 tol di Selangor, Kedah dan Johor

19. Kerajaan akan memberi pilihan kepada majikan untuk mengambil pembantu rumah asing secara langsung daripada sembilan buah negara tanpa melalui agen. Majikan boleh terus memohon Visa pembantu rumah daripada Jabatan Imigresen secara atas talian dengan bayaran Levi dan peran pemprosesan seperti kadar sedia ada.

20. Cukai bagi pendapatan sewaan rumah kediaman, dikecualikan sebanyak 50 peratus bagi pendapatan sewa sehingga RM2,000 sebulan.

21. Hospital Muar, Banting dan Balik Pulau, Pulau Pinang disebut secara khusus akan menerima peruntukan sebanyak RM1.4 bilion bagi membaik pulih dan menaik taraf fasiliti, peralatan, kenderaan, dan termasuk pembnaan dewan bedah.

22. Semua pembekalan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak akan dikenakan cukai GST berkuatkuasa 1 April 2018, atau 1 oktober 2018 berdasarkan pilihan PBT. GST sifar turut dikuatkuasakan kepada bahan bacaan, meliputi semua majalah, komik, jurnal, dan terbitan berkala Mulai 1 Januari 2018.

23. Kerajaan menyediakan geran sepadan berjumlah RM245 juta di bawah dana strategik pelaburan domestik bagi menaik taraf kemudahan "smart manufacturing".

24. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM517 juta untuk dimanfaatkan dalam rancangan tebatan banjir di seluruh negara.

25. Kerajaan mewujudkan satu polisi di mana Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan meningkatkan pengagihan keuntungan kepada pekerja menerusi pembayaran gaji dan elaun.

Perkara ini akan dijalankan secara berperingkat selain menyediakan taska di pejabat utama dan kemudahan pengurangan waktu bekerja untuk pekerja wanita yang mengandung.

26. Elaun bagi warga emas dinaikkan sebanyak RM50 seorang. Ini bermakna setiap warga emas akan menerima elaun sebanyak RM350 sebulan untuk manfaat hampir 144,000 orang. RM603 juta diperuntukkan bagi tujuan itu.

27. Elaun bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) sama ada bekerja, tidak bekerja, termasuk penjaga OKU turut dinaikkan sebanyak RM50 sebulan. Peruntukan bagi tujuan ini adalah sebanyak RM100 juta bagi manfaat lebih 163,000 orang.

28. Bagi penjawat awam yang diberhentikan atas sebab-sebab kesihatan, mereka akan menerima faedah persaraan seperti pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan.

29. Cuti Rehat Khas bagi pegawai perkhidmatan pendidikan, dinaikkan kadarnya daripada tujuh hari kepada 10 hari setahun. Manakala Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

30. Kelayakan cuti bersalin juga ditingkatkan daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan. Namun ia tertakluk kepada jumlah hari maksimum 90 hari setahun.

31. Kadar pencen terendah dinaikkan kepada RM1000 sebulan melibatkan lebih 50 ribu orang pesara awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 25 tahun.

32. Bagi Ketua-ketua kampung dan Tok Batin, bayaran "one-off" sebanyak RM1,500 akan diberikan melibatkan jumlah seramai 9,800 orang memperuntukkan sebanyak RM14.8 juta.

33. Peruntukkan sebanyak RM50 juta diberikan kepada Giat Mara untuk membaik pulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua Sekolah Tahfiz yang berdaftar di seluruh negara.

34. Selain peruntukan sebanyak RM588 juta untuk bayaran elaun bulanan kepada Imam, Bilal, guru KAFA dan Takmir, kerajaan juga mengumumkan bayaran "one-off" sebanyak RM1500 kepada mereka.

35. Bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam di seluruh negara. Manakala pesara kerajaan bakal menerima RM750.


1 Comments

  1. Bestla Dato Najib, Terima kasih banyak Bagi RM1,500.00.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan