Anggota RELA kena tahan cuba seludup 700kg daun Ketum

SEORANG anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) berusia 22 tahun ditangkap kerana cuba menyeludup 700kg daun ketum ke negara jiran Thailand.



Anggota dari Regimen Sempadan Kedua, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan telah menahan suspek pada 2.45 pagi pada hari rabu berdekatan pos Sahara di Bukit Kayu Hitam.

Komander Briged Keenam, Brigadier Jeneral Abd Aziz Ismail berkata sepasukan enam anggota tentera telah menahan suspek yang didapati memandu pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan.



"Kenderaan itu melalui ladang getah menuju ke sempadan Thailand dalam keadaan mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan media pada hari Khamis.

Menurut Abd Aziz, lelaki berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis.

"Kenderaannya telah dirampas dan daun ketum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," tambahnya.



Dalam pada itu katanya, pasukan Rejimen sempadan akan terus memperketatkan kawalan keselamatan bagi mengekang aktiviti penyeludupan di sempadan negara.

2 Comments

  1. Ayo gabung dengan situs agen judi online terpercaya
    Hanya di www(titik)bolavita(titik)org
    Bisa juga hubungi, info :
    BBM : D8C363CA
    wechat : bolavita
    whatup : 6281377055002
    Email : cs@bolavita .com

    ReplyDelete
  2. ketum apa tuh
    SELAMAT TAHUN BARU 2018 SEMUANYA MARI BERGABUNG DI WWW S128AGEN COM
    UNTUK MENGISI LIBUR KALIAN BERSAMA KAMI BIAR BAROKAHH :*
    - sabung ayam
    - tembak ikan
    - tangkasnet
    - sportsbook
    dan masih banyak lagi ayo buruann aku tunggu nih :)
    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 0878-6720-2559

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan