Terharu peniaga derma pakaian sedang dijual untuk mangsa banjir

JOHNNY Goh meluahkan rasa terharu melalui laman Facebook miliknya selepas menerima sumbangan pakaian-pakaian baru dari beberapa peniaga untuk didermakan kepada mangsa-mangsa banjir Pulau Pinang.



"Pagi ini, saya dan Irene membeli belah (untuk bantuan banjir) sebelum dia pergi ke Pulau Pinang. Kami telah membeli tudung-tudung untuk didermakan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang dan kami bertemu dengan seorang wanita pemilik kedai.

Wanita itu bertanya kepada kami, untuk apa beli tudung dan kami memberitahunya. Wanita itu kemudian meminta kami untuk pergi ke kedainya selepas selesai membeli tudung.

Apabila sampai di kedainya, apa yang mengejutkan kami, wanita itu mula menurunkan barang-barang (pakaian) yang digantung (untuk dijual) dan membungkusnya untuk kami.



Apabila jiran kedainya (seorang wanita Melayu) datang melihat, dan wanita itu bertanya jika jirannya mahu menderma juga. Jirannya itu terus pergi seketika dan kembali semula dengan selonggok kain sarung baru untuk kami.



Peniaga-peniaga ini berikan kami barang-barang sedang mereka gantung untuk dijual. Saya sangat terharu dengan tindakan mereka. Selalunya cuma pakaian lama yang diberikan kepada kami, namun ini sangat menyentuh saya sampai ke tulang.



Tidak cukup dengan itu, wanita pertama tadi berlari ke arah kereta kami dengan lebih banyak barang (pakaian). Kali ini siap dengan tanda harga masih terlekat pada barang-barang itu. Orang-orang seperti inilah membuatkan kita bangga sebagai rakyat Malaysia.



Sangat menyedihkan, begitu banyak 'keyboard warrior' dari Penang yang tidak buat apa-apa untuk membantu sebaliknya hanya mengirim post bodoh dan lawak-lawak yang tak diperlukan," tulisnya.

Sumber - Facebook

3 Comments

  1. Begitu la Rakyat malaysia berbilang kaum tolong menolong sesama sendiri. kudos kepada pederma yg murah hati

    ReplyDelete
  2. Ayo gabung dengan situs agen judi online terpercaya
    Hanya di www(titik)bolavita(titik)org
    Bisa juga hubungi, info :
    BBM : D8C363CA
    wechat : bolavita
    whatup : 6281377055002
    Email : cs@bolavita .com

    ReplyDelete
  3. belanja yukk
    SELAMAT TAHUN BARU 2018 SEMUANYA MARI BERGABUNG DI WWW S128AGEN COM
    UNTUK MENGISI LIBUR KALIAN BERSAMA KAMI BIAR BAROKAHH :*
    - sabung ayam
    - tembak ikan
    - tangkasnet
    - sportsbook
    dan masih banyak lagi ayo buruann aku tunggu nih :)
    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 0878-6720-2559

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan