Vaksin Denggi pertama dunia, Dengvaxia digantung oleh kerajaan Filipina

VAKSIN Denggi pertama dunia (Dengvaxia) yang telah diberikan kepada lebih 700,000 kanak-kanak di Filipina, dilaporkan telah digantung selepas pengilangnya memberi amaran ia mungkin memburukkan lagi penyakit tersebut dalam kes-kes tertentu.

Gergasi Farmasutikal Perancis, Sanofi mengumumkan pada hari rabu (29 Nov), vaksin denggi pertama dunia yang dihasilkannya boleh membawa kepada simptom lebih buruk kepada mereka yang tidak pernah dijangkiti penyakit itu sebelumnya.



Filipina telah menyuntik vaksin tersebut kepada lebih 700,000  kanak-kanak sejak 2016 sekaligus muncul sebagai negara pertama yang menggunakannya dalam skala besar.

Namun negara itu pada hari Jumaat, mengumunkan akan menggantung program tersebut.

"Berdasarkan analisis baru ini, Jabatan Kesihatan akan menggantung program pemvaksinan sementara mendapatkan penyelidikan dan nasihat daripada pakar, dan pertubuhan kesihatan sedunia (WHO)," kata satu kenyataan kerajaan Filipina.

Sanofi pada awalnya mendakwa, Dengvaxia, vaksin yang dihasilkannya adalah "kritikal" bagi melawan denggi, virus bawaan nyamuk paling utama dunia.

Pada hari rabu, satu kajian baru telah mengesahkan bahawa Dengvaxia bermanfaat kepada mereka yang pernah dijangkiti denggi.

"Kepada mereka yang tidak pernah dijangkiti oleh virus denggi sebelum ini, bagaimanapun, analisis mendapati pada jangka masa panjang, banyak kes lebih buruk mungkin berlaku berikutan pemvaksinan jangkitan denggi secara berturutan," kata Sanofi.

Kerajaan Filipina menegaskan bahawa ia belum lagi menerima sebarang laporan masalah berkaitan Dengvaxia.

"Setakat ini, tidak ada sebarang kes denggi teruk dilaporkan terhadap mereka yang telah menerima vaksin itu," tulis kenyataan itu.

Menurut kerajaan Filipina, lebih 1,000 orang mati di negara itu akibat jangkitan denggi tahun lalu, dari seramai 211,000 pesakit yang disyaki menghidapnya.

2 Comments

  1. patut disuntik kepada semua menteri kabinet termasuk najib dan keluarganya sekali dan juga yang kuat buat skandal rasuah serta seks sekali. biar semuanya mampus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEKEDAR INFO BOCORAN TOGEL
      JIKA ANDA BUTUH A'NGKA GHOIB/JITU
      SGP HK MALAYSIA ARAB SAUDI LAOS
      2D_3D_4D-5D-6D-7D DI JAMIN 100% TEMBUS...
      SAYA BUKTINYA SUDAH 5X JP
      DAN SAYA SUDAH BENER2 YAKIN DENGAN AKI RORO
      YANG TELAH MEMBERIKAN ANGKA RITUAL NYA
      BAGI ANDA YANG SUKA MAIN TOGEL
      & INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN GABUNG DENGAN AKI RORO
      SILAHKAN HUB DI NO: ((_085-222-489-867_))


      Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
      benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
      dan alhamdulillah saya dpat Rp 250 juta dan semua ini
      berkat bantuan angka dari AKI RORO
      karena cuma Beliaulah yang memberikan angka
      ritual yg di jamin 100% tembus awal saya
      bergabung hanya memasang 100 ribu karna
      saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
      tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
      angka nya,,,,buat anda yg butuh angka yang di jamin tembus
      hubungi AKI RORO DI NO: ((_085-222-489-867_))
      insya allah beliu akan siap menbatu kesusahan anda
      ''kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T dan terima kasih banyak kepada AKI RORO.Anda bisa juga dibantu melalui pesugihan.DANA GHAIB.

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan