Malaysia masih perlukan pekerja asing kata menteri

MALAYSIA dilaporkan masih perlu menyerahkan kerja kepada warga asing dari negara lain bagi memenuhi kekurangan tenaga kerja dalam sektor-sektor pembinaan dan perladangan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, dilaporkan sebagai berkata, pemeriksaan menunjukkan bahawa sekitar 80 peratus tenaga kerja dalam projek-projek pembangunan "raksasa" di Malaysia Barat dibuat oleh pekerja-pekerja asing.

Richard Riot

"Sebelum ini terdapat segelintir yang mencadangkan bahawa kita tidak memerlukan pekerja asing langsung,"

"Tapi sekiranya kita tidak bawa masuk pekerja-pekerja asing (untuk mengisi kekosongan), banyak projek-projek pembangunan akan terhenti,"

"Kebanyakkan projek-projek besar di Malaysia Barat bergantung kepada tenaga kerja majoritinya terdiri daripada warga asing," kata Riot yang juga merupakan Ahli Parlimen Serian, selepas menghadiri seminar bertajuk "Kelapa Sawit: peluang-peluang dan cabaran masa hadapan" hari ini.

Di Sarawak, kerajaan negeri menanggung kerugian sebanyak RM1 billion setiap tahun di dalam industri kelapa sawit sejak 2012 disebabkan tandan buah segar (FFBs) yang tidak dikutip akibat kurangnya tenaga kerja.

Masalah ini berterusan disebabkan industri berkenaan bergantung kepada tenaga kerja dari Indonesia untuk memetik FFBs.

"Sekarang kita berdepan kekurangan pekerja disebabkan Indonesia telah membuka banyak ladang-ladang kelapa sawit yang menawarkan gaji lumayan,"

"Kita kini melihat kepada Cambodia untuk memenuhi kekurangan tenaga kerja dalam industri kelapa sawit,"

"Saya akan terbang ke Cambodia pada Pertengahan bulan ini untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini," katanya, sambil menambah Sarawak kekurangan seramai 30,000 tenaga kerja.

Sarawak mempunyai sekitar 1.4 hektar ladang kelapa sawit, menawarkan peluang kerja kepada 103,095 dalam tahun 2015.

Menurut Riot, jumlah pekerja asing di negara ini telah menurun daripada 2.1 juta kepada 1.7 juta dalam tempoh 3 tahun yang lalu.

"Indonesia merupakan negara teratas sumber tenaga kerja asing kerana Republik itu berdekatan dengan Malaysia,"

"Nepal pula sumber tenaga kerja kedua diikuti oleh Bangladesh," katanya.

3 Comments

  1. Gabung Bersama kami Di BOLAVITA permainan yang " SANGAT MENARIK "
    BBM: D8C363CA (NEW), D1A1E6DF (NEW), D8DB1C57 (NEW) whatup : 6281377055002

    ReplyDelete
  2. Butuh dana cepat , sering kena tipu sama moneygames ? mending ke www s128agen com
    kita di sini bikin kalian heppy heppy aja deh
    deposit juga minimal 50 ribu udah bisa jadi jutawan
    - sabung ayam
    - sportsbook
    - tembak ikan
    - tangkasnet
    masih banyak lagi lohh yuk hubungi kami di :
    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 0878-6720-2559

    ReplyDelete
  3. Ayo gabung dengan situs agen judi online terpercaya
    Hanya di www(titik)bolavita(titik)org
    Bisa juga hubungi, info :
    BBM : D8C363CA
    wechat : bolavita
    whatup : 6281377055002
    Email : cs@bolavita .com

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan