Mahkamah arah Rosmah serah passport bayar jamin RM2 juta

DATIN Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun, diarah membayar wang jaminan berjumlah RM2 juta selepas mengaku tidak bersalah terhadap 17 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta di mahkamah seksyen hari ini lapor The Star.

Beliau dituduh di bawah Akta Anti Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Pihak pendakwaan diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Ahmad Akram Gharib, sementara pihak pembelaan diketuai oleh Datuk K. Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent. 


Ketika menetapkan wang jaminan, Hakim Azura Alwi berkata, jumlah jaminan yang diminta oleh Sri Ram sebanyak RM10 juta terlalu tinggi namun jumlah yang dicadangkan oleh pihak pembelaan adalah terlalu rendah.

"Saya tidak boleh mengenepikan fakta laporan polis (mendakwa Rosmah cuba untuk mengganggu seorang saksi) telah dibuat," katanya.

Hakim turut mengarahkan pasport milik Rosmah diserahkan dan Rosmah diarah untuk tidak mendekati mana-mana saksi yang terlibat dalam pendakwaan.

Mahkamah mengarahkan wang sejumlah RM 500,000 dibayar pada hari Khamis (4 Okt) dan bakinya mesti dibayar pada (11 Okt).

Sebutan semula kes ditetapkan pada 8 November.

1 Comments

  1. Former South Korean President Sentenced To 15 Years In Prison On Corruption Charges

    Lee Myung-bak was sentenced Friday to 15 years in prison. He had been convicted of embezzlement and taking $5.4 million in bribes from Samsung.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan