Sabotaj punca kerajaan gagal kesan dan tangkap Jho Low — Tun M

SABOTAJ dalam kerajaan dilapor antara sebab kenapa sukar kerajaan Malaysia untuk mengesan dan menangkap penjenayah Low Taek Jho (Jho Low), kata Tun Mahathir.

Perdana Menteri dilapor berkata beliau percaya Itulah punca Jho Low berjaya mengelak daripada ditangkap.

"Saya rasa dia sedang bersembunyi di suatu tempat," kata beliau ketika ditanya jika berlaku sabotaj dalam kerajaan menerusi kebocoran maklumat.


"(Tun) Daim kata seseorang memberitahu dia (Jho Low). Satu ketika dia berada di Hong Kong. Apabila kita sampai di Hong Kong, dia dah lari," Dr Mahathir dilapor sebagai berkata kepada Bernama dan RTM dalam Persidangan Ketua-ketua Negara Asean di Bali Indonesia, pada hari Khamis.

Daim merupakan pengerusi 5 orang ahli Majlis Penasihat Kerajaan.

Mesyuarat Asean itu diadakan di luar persidangan tahunan Tabung Kewangan Dunia (IMF) membawakan tema "Mencapai Pembangunan Berkekalan," dan "Mengatasi Jurang Kemajuan Menerusi Tindakan Kerjasama Global dan Serantau,"

Kerajaan Malaysia sedang menjejaki Jho Low untuk membantu siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

1 Comments

  1. Ini dalih saja ,Madey dah tak mahu dia ni balik nanti menyusahkan kes pendakwaan DSN je.Tahan ke JhLow ni kena soal balas TS Shafaie?.Nanti semua kantoi.Dah lah bukti sikit punya susah nak cari,bukti yg mengarut pun nati,jadi bahan ketawa bila JH Low di soalbalas oleh TSShafie.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan