Kerajaan tak halang himpunan bantah ICERD — Muhyiddin

MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata kerajaan tidak menghalang Himpunan Aman Bantah Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum yang akan diadakan pada 8 Disember bulan depan.

Muhyiddin Yassin

Katanya pihak polis akan memantau penganjuran himpunan itu dan memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku.

"Di bawah peruntukan Akta Perhimpunan Aman. Kami sangat terbuka kerana ini adalah negara demokrasi. Kita terbuka untuk sesiapa pun menyuarakan kebimbangan mereka," Kata beliau seperti dilaporkan oleh The Malaysian Insight.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap dalam Himpunan Perpaduan Ummah bersama PAS di Pasir Salak pada malam Sabtu, telah mengumumkan rancangan untuk menganjurkan perhimpunan itu.

Ramai pemimpin kanan kerajaan Pakatan Harapan yang telah menyatakan bantahan terhadap ratifikasi ICERD, Tun Mahathir juga turut mengatakan bahawa mustahil kerajaan boleh laksanakan ICERD kerana ia memerlukan sokongan ahli parlimen pembangkang.

BACA - Perlu sokongan Ahli Parlimen Umno dan PAS untuk laksana ICERD

5 Comments

  1. Inilah contoh pemimpin celaka Khadam DAP, sengaja benarkan himpunan bantah Icerd kerana nak patahkan semangat pejuang-pejuang Melayu untuk hadir berhimpun mempertahankan maruah dan ketuanan Melayu.

    Pemimpin macam ini patut kita boikot, jangan kita sokong lagi pada pilihan raya yang akan datang.

    ReplyDelete
  2. Bangang x sudah. Bg pergi salah x bg pergi salah kalau hati dh hitam busuk. Pusing la ikut mana akan cari nilai2 busuk org tu.

    ReplyDelete
  3. KERAJAAN TAK HALANG RAKYAT MSIA PROTES ICERD..Apa lagi mau???

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan