Persatuan Silat Gayong nafi ahlinya terlibat rusuhan di Kuil Seafield

SEBUAH kumpulan pengamal silat hari ini menafikan bahawa ahlinya terlibat di dalam rusuhan awal pagi tadi, di sebuah kuil Hindu di Selangor.

Setiausaha Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Mariam Bujang hari ini dilaporkan berkata, individu-individu yang dikatakan terlibat dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman sebenarnya ahli persatuan terdahulu yang sudah tidak berfungsi.

Pergaduhan yang berlaku di kuil Seafield awal pagi tadi (25 November 2018), katanya tiada kaitan dengan ahli PSSGM yang berdaftar secara sah.

"Ahli-ahli sepatutnya tahu bahawa Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia kini telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), dengan nombor pendaftaran PPM-010-04-09042013."

"Sesiapa yang menggunakan pendaftaran dari Pejabat Pesuruhjaya Sukan 0149/98 merupakan ahli pertubuhan yang mana pendaftarannya telah dibatalkan secara sah pada 30 Mac 2018 oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini yang ditujukan kepada ahli-ahli dan kumpulan yang mengamalkan seni pertahanan diri tradisional Melayu itu.

Kenyataan itu muncul selepas gambar-gambar disebarkan dalam talian yang menunjukkan kad ahli yang tercicir menggunakan nama dan logo PSSGM yang dikatakan terlibat dalam rusuhan di kuil tersebut.

Silat Gayong

Namun kata Mariam, dokumen itu telah luput dikeluarkan oleh organisasi yan sudah tidak aktif.

"Oleh kerana individu-individu itu didaftarkan sebagai ahli dibawah PSSGM 0149/98 dan tandatangan pada kad tersebut bukan lagi YDP ataupun Setiausaha Agung PSSGM, kad ahli dan sijil berkenaan secara tidak langsung tidak lagi sah. Sijil dan kad berkenaan juga sudah tamat tempoh,"

"Maka PSSGM menafikan bahawa ahlinya terlibat dalam insiden ini," kata beliau sambil menyeru ahli kumpulan itu yang masih berdaftar di bawah organisasi yang sudah tidak aktif  itu untuk memperbaharui keahlian mereka yang kini berdaftar dengan RoS.

Kejadian pergaduhan di kuil Hindu awal pagi tadi mengakibatkan 18 buah kereta dan dua motosikal dibakar. Sebuah kereta peronda polis turut dilaporkan musnah.



Kuil Sri Maha Mariamman yang turut dikenali sebagai Kuil Seafield, merupakan sebuah kuil berusia lebih 100 tahun, ia sepatutnya dipindahkan pada 22 November seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Mac 2014.

2 Comments

  1. Apabila berlaku kekecuhan mereka salahkan pencerobohan dengan memakai undang-undang yang sedia-ada.

    Apabila Polis di katakan lewat sampai ke tempat kejadian mereka buat lapuran menuntut hak mereka mengikut undang-undang l.

    Tetapi mereka yang bersetuju membawa kes kemuka pengadilan, melawan menentang apa yang telah di tetapkan oleh undang-undang.

    Sebenarnya mengikut undang-undang sebaik menerima lapuran pencerobohan haram dan pembinaan di tanah milik orang, pihak Polis wajar mengikut undang-undang.

    Orang yang tidak ada kuasa cuba menghalau penghuni kuil atau mengambil tindakan sendiri memang tidak patut.

    Oleh itu, pengikut kuil tersebut sebenarnya mahu pihak Polis yang menghalau mereka seperti yang telah di putus oleh undang-undang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetapi menurut mahkamah tanah kuil sudah bertukar milik.

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan