Polis rampas 7 tablet, keputusan pemilihan PKR Cabang Julau ditangguhkan

JAWATANKUASA Pemilihan Pusat (JPP) terpaksa menggantung keputusan pemilihan cabang Julau, Sarawak selepas pihak polis merampas 7 tablet yang digunakan untuk mengundi.

Perkara itu diberitahu oleh ketua jawatankuasa itu, Datuk Rashid Din.

Katanya penangguhan itu mungkin memakan masa berapa hari disebabkan pihaknya tidak dapat mengesahkan keputusan tanpa peranti-peranti yang dirampas itu lapor The Malaysian Insight.

Rashid Din

"Kita tak dapat sahkan keputusan hari ini ataupun besok disebabkan 7 tablet kini dalam simpanan pihak polis. Sejumlah 76 tablet digunakan untuk pengundian di Julau semalam,"

"Kita sedang menunggu dan mencari jalan bagaimana kita boleh mendapatkan keputusan daripada peranti-peranti yang dirampas oleh pihak polis. Mungkin kita perlu menunggu beberapa hari," kata Rashid.

Pemilihan Keadilan di Cabang Julau dicemari dengan beberapa kontroversi termasuk dakwaan peningkatan mendadak jumlah ahli yang didaftarkan, dan kewujudan perisian hasad untuk menggodam sistem tablet e-undi melalui perisian Anti-Thief Prey.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan