Pulau Pinang rancang naikkan caj beg plastik kepada 50 sen sehelai

PENGGUNA di Pulau Pinang, dilaporkan mungkin terpaksa membayar sebanyak 50 sen untuk caj sehelai beg plastik, selepas negeri itu mengambil langkah untuk mempromosikan dasar pengurusan sisa plastiknya.

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, pentadbiran negeri merancang untuk meningkatkan caj bagi setiap helai beg plastik yang diminta oleh pengguna dari harga semasa 20 sen.

beg plastik

"Kami sedang mempertimbangkan untuk mengenakan caj 50 sen bagi sehelai beg plastik," katanya ketika menggulung ucapan dalam dewan negeri malam ini.

Menurut Phee, Pulau Pinang juga merancang untuk meningkatkan ketebalan beg plastic kepada 40 micron dari ketebalan semasa 15 micron.

Program "Tiada beg plastik percuma" Pulau Pinang dilancarkan dalam tahun 2009 menyaksikan negeri itu menjadi negeri pertama mengarahkan peniaga agar tidak membekalkan beg plastik kepada pelanggan secara percuma, sebagai usaha pentadbiran negeri mengurangkan penggunaan beg plastik dan menggalak kebersihan.

Hasil dari perlaksanaan program itu, The Malaysian Insight melaporkan, hari ini semakin ramai penduduk menggunakan beg kitar semula ketika berbelanja.

Bermula 1 Januari tahun hadapan, Pulau Pinang akan melaksanakan dasar "Tiada plastik sekali guna" secara berperingkat. Bermula dengan pengharaman penggunaan penyedut minuman plastik di seluruh negeri itu.

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan