Rupanya Umno sudah mulakan ICERD sejak 2011

SELEPAS hampir setahun menjadi pembangkang, pemimpin Umno mengajak PAS mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama membawa isu ICERD untuk menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi pada malam Sabtu lalu mengumumkan penganjuran himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) bersama-sama pimpinan dan penyokong PAS.

Dalam pada Zahid Hamidi, berkobar-kobar mengajak rakyat turun berhimpun, sampai ke tahap mengajak orang Melayu "Mengamuk" di jalanraya, ada sesuatu fakta yang disembunyikan olehnya dan perlu didedahkan.

Sebenarnya ICERD telah dimulakan perbincangannya oleh pimpinan Umno semasa pentadbiran mereka dahulu, seawal tahun 2011.

Berikut antara bukti-bukti bahawa pentadbiran Umno telah memulakan perbincangan tentang ICERD sejak lama dahulu.

1. Dokumen Laporan Suhakam tahun 2011 muka surat 64 ada merekodkan perjumpaan Jawatankuasa Teknikal ICERD di Jabatan Perpaduan dan Integriti Nasional di bawah jabatan Perdana Menteri. Laporan itu menyatakan bahawa kemungkinan Malaysia menerima pakai ICERD telah dibincangkan.


Sumber — suhakam.org.my/preview/button/#ff0303

2. Dokumen Laporan Tahunan 2015 Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional (JPNIN) di bawah Jabatan Perdana Menteri muka surat 22 pula mendedahkan bahawa Pengerusi Jabatan itu, merupakan Pengerusi Teknikal ICERD.

JPNIN melaporkan bahawa kerajaan sendiri telah meminta jabatan itu untuk mengkaji kesesuaian dan kesediaan kerajaan Malaysia meratifikasi atau menandatangani konvensyen ICERD dan menyediakan input kepada wisma Putra untuk sesi Universal Periodic Review (UPR) pada tahun 2018 berhubung ICERD.


Sumber — perpaduan.gov.my/preview/button/#ff0303

Ketika Umno memulakan ICERD sejak tahun 2011, Zahid Hamidi merupakan menteri kanan dalam kerajaan, antaranya Menteri Dalam Negeri, masa itu tak ada pula Zahid ajak orang Melayu mengamuk bantah ICERD.

Jadi dalam hal ini pemimpin dan penyokong PAS terang-terangan ditipu oleh pemimpin Umno.

Lantaran terdesak untuk memainkan isu yang boleh menaikkan kemarahan orang-orang Melayu maka isu ICERD digembar-gemburkan supaya jadi heboh dan kecoh.

18 Comments

  1. Sebab yg bawa masuk lanie YB DAP, keling paria duk sokong duk desak.. benda yg telah d tolak dan di biarkan sekian lama d hidupkan oleh PH... Bodowww nak cari salah org lg.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan dulu x heboh²...tarik rambut dlm tepung jgn sampai tepung berselerak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg dok buat kalut puak2 pembakang.. Bahas la dulu.. Dok ajak mengamuk tu wat pa

      Delete
  3. Yg dok heboh skrg bekas kerajaan lama...mcm la langit dah nak runtuh. Pegi la tarik rambut pelan². Tak yah nak semarakkan sentimen kaumiah.

    ReplyDelete
  4. As a responsible leader with real concerns for the rakyat, why not bring it up properly with the government in parliament?

    ReplyDelete
  5. isu 1:
    1. bincang
    2. mungkin
    3. suhakam
    4. suhakam

    khulashoh 1: isu icerd dlm perbincangan SAMADA sesuai atau tidak di malaysia.. xde sebut nak luluskan.. tgh bincang.. tgh kaji baik buruk..
    xde sebut umno.. 3 dan 4 adalah suhakam.. suhakam bukan umno.. suhakam bawah parlimen..
    suhakam yg kata icerd sesuai.. bukan umno..

    isu 2:
    juga terang2 sebut mengkaji.. benda baru kena la kaji.. sesuai ke tidak.. 1 perkataan pun xde sebut akan tandatangan akan perjuangkan akan setuju dgn icerd seperti kerajaan ph.. spt moorthy dan menteri2 ph termasuk la perdana menteri skrg..

    kesimpulannya..
    JANGAN DITUNJUK KEBEBALAN PH TU. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju.. rasanya puak PH ni tak faham bahasa melayu kot..

      Delete
    2. ph ni bebal xfaham ckp melayu

      Delete
  6. laa yg ni suhakam yg nak bincang isu tu dengan kerajaan memerintah waktu tu ..skrg mereka yg kebanyakan penyokong PH telah mendapat kuasa so nak cuba laksanakan la tu

    ReplyDelete
  7. Bukankah islam pun melarang diskriminasi berdasarkan bangsa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diskriminasi dan hak adalah perkara yg berbeza. Melayu hanya mempertahankan hak yg telah dipersetujui sekian lama sebagai ganti rugi berkongsi tanah air dengan pendatang yg dibawa oleh British. Hak orang bukan Melayu/Bumi pula memang telah dijamin di dalam perlembagaan. Tidak pernah kamu menindas atau tidak memberi peluang kepada bangsa lain dari segi ekonomi, pelajaran, kesihatan maupun agama. Pergi hosital kerajaan apakah layanan kesihatan dan bilnya berbeza? Adakah agama lain di larang membina rumah ibadat? Adakah dilarang menyambut hari kebesaran agama masing2?

      Delete
  8. ICERD

    Ketika pentadbiran BN, satu jawatankuasa pernah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Teknikal ICERD di Jabatan Perpaduan dan Integriti Nasional di bawah jabatan Perdana Menteri pada tahun 2011.

    Tugas Jawatankuasa ini ialah untuk mengkaji akan kesesuaian dan kesediaan Malaysia bagi meratifikasi atau menandatangani konvensyen ICERD.

    Kajian juga dilakukan sekali lagi pada tahun 2015.

    Hasil dari kajian-kajian itu, kerajaan BN berpendirian untuk tidak meneruskannya kerana ia bertentangan dengan perlembagaan negara dan kontrak sosial yang dicapai semasa pertubuhan negara.

    Kedua-duanya ini adalah tiang asas kepada negara.

    Kita berpendapat ianya masih belum sampai masa dan masih lagi tidak sesuai untuk negara meratifikasi ICERD.

    Justeru, kerajaan BN tidak pernah memutuskan ataupun mengumumkan bahawa kita akan menandatangani ICERD.

    Malah, tanpa ICERD, kerajaan BN masih dapat menjaga kepentingan dan hak-hak semua kaum di negara kita ini.

    Kita masih boleh memastikan keadilan dan keseimbangan dalam perkongsian kekayaan negara dan memastikan usaha itu bersifat inklusif untuk semua.

    Hari ini, saya berpendirian bahawa jika ramai masih tidak boleh menerima ratifikasi ICERD dan ketegasan kerajaan PH untuk menandatanganinya telah mencetus keresahan dan kemarahan ramai rakyat Malaysia, maka keputusan untuk meratifikasi ICERD patut dihentikan.

    Saya berpendapat buat masa ini, adalah lebih baik dan lebih afdal untuk kerajaan PH memberi tumpuan kepada ekonomi yang semakin menurun serta tenat daripada meneruskan usaha untuk ratifikasi ICERD.

    Ekonomi yang tidak baik akan menyumbang kepada keresahan dan kemarahan masyarakat dan bakal mencetuskan kejadian yang tidak diingini.

    Kementerian Perpaduan sepatutnya membina perpaduan dan bukan memecahkan perpaduan dan harmoni kita.

    Saya juga minta rakyat Malaysia untuk bersabar dan perlu meletakkan perpaduan kita sebagai keutamaan agar kita dapat kekalkan keharmonian yang kita miliki hari ini.

    Dari FB Najib Razak

    ReplyDelete
  9. milosuam ni tak faham isu, terus nak salahkan orang ja. pbb semamangnya minta malaysian government (lama dan baru) untuk sign dan ratify icerd ni sejak dari dulu2 lagi. untuk itu kerajaan setup group untuk study dan beri recommendation samada boleh proceed sign atau tidak. kerajaan dulu nampaknya tidak ada membuat apa2 recommendation untuk sign dan ratify walaupun dah lama diminta, apa pun mereka kena beri apa2 jawapan/excuse kepada pbb in the next meeting in 2018. bila kerajaan bertukar, kerajaan barulah kena jawab kepada pbb. kerajaan baru semasa tdm pergi new york baru2 ni kenalah jawab kepada pbb dan tdm telah menyatakan kepada mereka bahawa malaysia akan study dan sign semua perjanjian tu tanpa beri target date agaknya. tapi si waytha ni kerana rajin atau telah nampak opportunity terus set target untuk sign/ratify by jan 2019. gitu lah yang aku faham. takda isu kata it was started by previous gomen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waytha tu kata January akan mulakan perbincangan dan rundingan awal dengan masyarakat, NGO, pemimpin politik dan lain-lain tentang ICERD, bila masa dia kata nak sign?

      Sign dia bukan laku pun, kena sign PM.

      Maknanya dari segi progress, kerajaan BN lebih terkehadapan dalam isu ICERD ni, PH baru nak bincang kali pertama, pun dah kena serang.

      BN dah siap tubuh jawatankuasa.

      Delete
  10. Saya pun x setuju dgn icerd ni.

    Kalau dr dulu BN x take up the issue..kita xde masalah pun nk ratifikasi icerd ni. Kenapa nk layan..tubuh jawatankuasa la, adakan perbincangan, dll..itu semua bg harapan kpd org yg nk icerd ni esp org mcm waytha.
    Patut masa BN lg bende ni dibendung..tp skrg dh jd pembangkang baru nk menjerit2 dn terlonjak2..siap nk buat demonstrasi.
    Hypocrite of the highest order!

    ReplyDelete
  11. sebenarnya suhakam.yang membawa perkara itu sehingga jawatan kuasa dibentuk bagi membincangkan perkara tersebut bukan ia dimulakan oleh jawatan teknikal tersebut

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan