Saadatul Nafisah, wanita berani sebalik pendedahan salah laku Najib Razak

SALAH laku Najib Razak yang didakwa mengarahkan laporan akhir 1MDB diubahsuai antaranya untuk memadam nama "Jho Low" dalam laporan 1MDB, menjadi tajuk utama sumber berita dalam negara beberapa hari ini.

Pendedahan itu jelas sekali menunjukkan berlakunya pengkhianatan besar terhadap kepercayaan rakyat dan negara yang diamanahkan kepada seorang perdana menteri dan penjawat awam.

Namun di sebalik pendedahan besar ini, difahamkan ada seorang wanita yang memainkan peranan penting bagi membolehkan terbongkarnya salah laku Najib Razak dan penyelewengan para penjawat awam yang bersekongkol dengannya.

Nama Wanita itu ialah "Saadatul Nafisah," bekas Pengarah Sektor Audit Kerajaan yang telah menyimpan satu salinan asal laporan akhir audit 1MDB, sebagai bukti untuk mendedahkan penyelewengan oleh Najib dan konco-konconya.

Saadatul Nafisah
Hajah Saadatul Nafisah Binti Bashir Ahmad bertudung oren

Difahamkan Saadatul Nafisah yang menjalankan kerja-kerja audit dan menyediakan laporan tentang syarikat 1MDB, telah diarah untuk memusnahkan salinan laporan itu, namun beliau dengan berani memilih untuk terus menyimpannya sebelum menyerahkan ia kepada saudari Nor Salwani selepas beliau bersara.

Nor Salwani pula telah menyerahkan laporan asal audit 1MDB ini kepada Dr Madinah Mohamad apabila beliau mengambil alih jawatan sebagai Ketua Audit Negara menggantikan Ambrin Buang.

Selepas kerajaan Barisan Nasional dijatuhkan pada pilihan raya umum yang lalu, Ketua Audit Negara, Dr Madinah Mohamad telah memberitahu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bahawa laporan audit 1MDB yang dibentangkan kepada PAC dan kabinet sebelum ini adalah laporan yang telah diubahsuai.

Dr Madinah turut memberitahu bahawa laporan asal telah diterima daripada saudari Nor Salwani, Pengarah Sektor Audit Tadbir Urus selepas beliau mengambil alih jawatan Ketua Audit Negara daripada Ambrin Buang.

Dr Madinah turut mendedahkan bahawa ubahsuai laporan 1MDB itu diarahkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri ketika itu, dan turut disokong oleh bekas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang, bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Dr Ali hamsa, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dzulkifli Ahmad dan bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Shukri Mohd Salleh.

Keputusan itu katanya dibuat dalam satu mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri.

Dr Madinah meskipun sudah mengambil alih jawatan sebagai Ketua Audit Negara, pada asalnya tidak dapat berbuat apa-apa terhadap Najib dan konco-konconya, kerana pada waktu itu mereka masih berkuasa dalam pentadbiran tertinggi kerajaan Malaysia.

Mujurlah kerajaan Pakatan Harapan berjaya menewaskan Barisan Nasional. Oleh itu orang-orang jujur seperti Saadatul Nafisah, Nor Salwani, dan Dr Madinah dapat mendedahkan segala tembelang, penipuan, dan penyelewengan, yang disembunyikan selama ini daripada pengetahuan rakyat.

Keberanian wanita-wanita ini di dalam menentang kemungkaran dan penyelewengan patut diberikan penghargaan dan pengiktirafan.

***

Satu masa dahulu dalam tahun 2009, Saadatul Nafisah pernah terselamat dalam satu letupan bom di hotel JW Marriot di Jakarta.

Mungkin inilah sebabnya Allah selamatkan beliau pada waktu itu, kerana ada tugas besar untuknya di masa depan di dalam membongkar penyelewengan pemimpin negara.

2 Comments

  1. Makin hari makin byk salahlaku najib didedahkan oleh rakyat biasa yg jujur. Apa 'lobak2' spt lokman, ellie dll. nak kata?

    ReplyDelete
  2. Halo, semua orang, nama saya AMINA Saya tinggal di indonesia dan hidup bernilai hidup dengan selesa untuk saya dan keluarga saya sekarang dan saya tidak pernah benar-benar melihat kebaikan dalam hidup saya kerana saya seorang ibu yang tersiksa dengan tiga anak dan saya akan melalui masalah yang serius ketika saya meminta wang untuk melabur dalam perniagaan pertaniannya, dan saya tidak mampu membayar tagihan sekolahnya, dan kemudian saya pergi ke bank untuk pinjaman, dan mereka menolak saya, menyatakan saya tidak mempunyai kredit kad. Dari sana, saya berlari ke ayah saya, dan dia tidak ada pilihan bantuan, maka ketika saya melayari balasan Facebook dan saya berjumpa seorang pemberi pinjaman untuk Puan BAHIJA, yang memberikan pinjaman pada kadar faedah yang baik, dan saya mendengar tentang ia banyak penipuan di internet, tetapi dalam keadaan saya yang terdesak ini, saya tidak mempunyai pilihan tetapi untuk mencuba dan mengejutkan, ia sama seperti mimpi, saya menerima pinjaman sebanyak 20.000 dolar dan akan menasihatkan sesiapa sahaja dalam keperluan sebenar dan serius pinjaman. hubungi tuhan ini yang takut dengan lelaki melalui e-mel. ((joseluisloans@aol.com) (joseluisloans@gmail.com)) dan saya ingin anda semua berdoa untuk lydia ini untuk saya. Terima kasih JOSE LUIS

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan