Video tunjuk anggota bomba, Mohamad Adib tak dilanggar Lori Bomba

SEJAK kira-kira tengah hari tadi muncul pula hujah baru untuk mempertahankan perusuh-perusuh depan Kuil Sri Maha Mariamman, di Seafield yang didakwa membelasah seorang anggota bomba Mohammad Adib mengakibatkan lelaki malang itu terlantar di hospital sehingga hari ini.

Sebuah rakaman video dijadikan bukti sebagai hujah mendakwa Adib tidak dibelasah oleh perusuh sebaliknya, dilanggar oleh lori bomba sendiri.

Melalui semakan aku, Gurvin Kaur orang paling awal mengeluarkan video untuk mempertahankan perusuh-perusuh berkenaan.



Gurvin Kaur mendakwa Adib (dibulatkan dengan warna hijau) dalam video berada di belakang lori bomba sebelum lori itu mengundur.

"Info Adik Bomba tu bukan kena pukul. dia berada belakang trak dan kena langgar masa trak bomba reverse!" tulisnya.

Jika lelaki yang dibulatkan dalam gambar itu adalah Adib, hujah mengatakan anggota bomba itu dilanggar oleh lori bomba sendiri (berdasarkan video tersebut) adalah tidak benar sama sekali.

Lihat pada durasi video berbaki 10 saat Anggota Bomba yang dimaksudkan oleh Gurvin Kaur jelas sekali sudah masuk ke dalam van (lihat anak panah berwarna putih).



Di bawah ini gambar yang lebih jelas (masih dalam sela masa video berbaki 10 saat).



Semoga Adib cepat sedar dan sembuh, dan dapat menceritakan hal yang sebenar supaya perusuh-perusuh yang membelasahnya dapat ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Di bawah ini video kiriman Gurvin Kaur, anda boleh semak sendiri. Ada video semasa Adib diselamatkan oleh orang ramai dalam kiriman itu. Namun video itu bukan bukti Adib tidak dibelasah.

Update: Pukul 20:20
*** Oleh kerana Gurvin Kaur telah memadam video di akaun facebook miliknya selepas pendedahan ini dibuat, maka aku ubah link video kepada sumber video lain yang mempunyai kandungan serupa.


1 Comments

  1. Ini adalah salah satu babak koliwood la..org india ni kan kuat satu org boleh belasah 100 org..ma..inilah rupa sebenar sifat pembelit dan egois org india kasta bawah asal tamil nadu..aku hindustani juga tapi bukan tamil nad//

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan