Astro Awani kena kecam lapor peningkatan mendadak pengikut Instagram Seventeen

BENCANA tsunami yang melanda Selat Sunda di Indonesia dua hari lalu, membuatkan pihak media berlumba-lumba untuk melaporkan berita-berita sensasi yang boleh menarik perhatian pembaca.

Namun di dalam keghairahan mencipta artikel sensasi untuk menarik orang ramai, kadang kala wartawan tersasar dari landasan etika sekaligus boleh mendatangkan kecaman dari pembaca.

Itulah yang terjadi kepada portal Astro Awani, apabila salah satu laporan sumber berita itu tentang bencana tsunami, menerima ratusan kecaman orang ramai menerusi laman Twitter.

Astro Awani

Orang ramai mengecam laporan berita bertajuk "Selepas tsunami, pegikut akaun IG Seventeen naik mendadak," yang disifatkan tidak sensitif di kala vokalis kumpulan itu sedang bersedih kehilangan isteri, ahli dan pengurus kumpulannya.

Penyanyi Imran Ajmain antara yang turut sama mengkritik tajuk berita tersebut.

"Bukan tajuk berita yang baik untuk sebuah kumpulan yang kehilangan hampir semua ahlinya beberapa hari lepas," tulisnya.

Twitter Imran Ajmain

Orang ramai pula dilihat melemparkan pelbagai kecaman menerusi laman Twitter rasmi Astro Awani.

Astro Awani

Astro Awani

Astro Awani

Astro Awani

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan