Loading...

Bil elektrik percuma RM40 untuk rakyat miskin mulai 1 Januari 2019

BERMULA 1 Januari 2019 kerajaan  akan mula melaksanakan program Rebat Bil Elektrik RM40.00 untuk membantu keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih.

Melalui program bantuan kerajaan secara bersasar itu, ketua isi rumah miskin tegar dan miskin disahkan dalam sistem eKasih akan menerima bil elektrik secara percuma sehingga RM40 setiap bulan bergantung kepada jumlah penggunaan elektrik mereka.

Contohnya, jika penggunaan elektrik di bawah RM40 sebulan, isi rumah berkenaan akan menerima bil elektrik RM40 percuma secara automatik.

Namun sekiranya penggunaan elektrik melebihi RM40 sebulan, isi rumah tersebut hanya perlu membayar baki bil selepas ditolak bantuan rebat sebanyak RM40.

Program bil elektrik percuma ini telah diumumkan dalam Pembentangan Bajet 2019 pada 2 November 2018 yang lalu.

Anda boleh membuat semakan sama ada anda layak menerima bil elektrik percuma tersebut menerusi portal Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) di pautan berikut.

LINK — MESTECC

Rebat Elektrik RM40

Atau menghubungi talian My Government Call Centre (MyGCC) di talian 03-8000 8000.

Selain itu pengguna juga boleh membuat semakan kelayakan menerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui talian Careline 1-300-88-5454

Bagi pengguna eKasih yang layak tetapi tidak mempunyai akaun berdaftar dengan TNB, pengguna boleh membuat permohonan bagi mengistiharkan akaun pihak ketiga dengan mengisi borang permohonan di mana-mana kedai Tenaga TNB yang berdekatan dengan membawa bersama salinan kad pengenalan sebagai dokumen sokongan.

Bagi pengguna yang tidak layak setelah semakan dibuat dan ingin mendaftar dalam program eKasih pula, anda boleh merujuk kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan/ Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPNegeri/JPP), ICU JPM di peringkat negeri dan di Unit Pembangunan Pejabat Daerah.

Program rebat bil elektrik RM40 merupakan program baru yang diperkenalkan bermula 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2019. Program ini menggantikan program rebat bil elektrik RM20 yang tamat pada bulan Disember 2018.

Post a Comment

6 Comments

  1. Makin hari rakyat makin muak dengan kerajaan Pakatan Harapan ni, makin hari makin celaka! Dulu bile elektrik percuma, sekarang dah nak kena bayar RM40, ini betul-betul zalim dan tak bertimbang rasa. Apa sebab kertas yang tak sampai 1 sen nak dikenakan caj sampai RM40? Kerajaan PH ni dah tak ada duit sangat ke? Menyesal aku undi PH PRU hari tu! Lepas ni mari kita sama-sama undi PAS

    #UP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xtau la nk gelak ke nk nangis...cik bedah oi..baca sampai paham baru la komen supaya orang xcop cik bedah bodo bangang baghal bebal n mcm2 gelaran yg hina dina...

      Delete
    2. Ni namanya ternakan. Dalam AlQuran banyak disebut pasal manusia2 yang umpama ternakan, otak ada tapi tak pakai, hidup hanya makan, minum, membiak tanpa ada faedah langsung kpd dunia dan manusia sejagat. Islam benci kpd manusia ternakan seperti ni dan UMNO dan PAS banyak membiakkan ternakan2 ni.

      Delete
    3. Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha ... Kesiaan Cik Bedah

      Delete
  2. Kalau xsilap, kenyataan di atas bgtau bil letrik kurang rm40 xpayah byr..macam lagi ok dari dulu, dulu rm20 ke bawah xpyh byr..sy rasa la.

    ReplyDelete
  3. Untuk keluarga miskin tegar dan miskin yg telah berdaftar dgn E-Kasih sahaja. Jika penggunaan letrik dibawah rm40 tidak perlu membayar bil letrik. Kalau melebihi rm40... contoh bil letrik rm55 cuma perlu bayar rm15.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda