Gaji rakyat Malaysia diramal naik 5.2% untuk 2019

GAJI rakyat Malaysia secara keseluruhan dijangka naik sebanyak 5.2 peratus bagi tahun 2019 dan kenaikan itu dilapor mengatasi negara-negara lain seperti Australia (2.6%), New Zealand (2.5%), dan Jepun (2%).

Menurut Mercer, sebuah syarikat penyedia dan perunding penyelesaian berasaskan teknologi berpengkalan di Amerika Syarikat, bidang Industri Sains Hayat dan Teknologi menerima peratus kenaikan paling tinggi.

"Industri sains hayat dan teknologi berada di kedudukan teratas dari segi asas gaji tertinggi dan jumlah peningkatan tunai bagi kakitangan eksekutif pada 2019," kata Mercer dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 13 Disember 2018.

Kuala Lumpur

Menurut CEO Mercer Malaysia, Hash Piperdy, kebanyakkan industri dijangka mengekalkan kadar kenaikan gaji serupa tahun hadapan, kecuali industri barangan pengguna yang hanya menerima sedikit kenaikan sebanyak 0.3 peratus bagi tahun 2019.

Tiga faktor yang memainkan peranan utama menjana peningkatan gaji tersebut katanya adalah perundangan, kewangan, dan Penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Kajian menunjukkan ekonomi Malaysia kekal berdaya saing di mana sejumlah 38% generasi X dan 44% melenium menempati sektor pekerjaan.

Isyarat positif pemulihan dalam sektor semikonduktor dan bioteknologi membayangkan jurutera pakar dan juru pemasaran berbakat akan mendapat permintaan.

Baru-baru ini, Mercer mendedahkan hasil kajian tahunan "Perancangan Pampasan bagi tahun 2019," yang mengenal pasti kunci kepada trend pembayaran gaji dan ramalan kenaikan gaji seluruh Asia, Timur Tengah dan Afrika.

Angka-angka dan ramalannya dibuat berdasarkan "Tinjauan Imbuhan Keseluruhan," yang disertai oleh lebih 500 syarikat daripada 12 industri di Malaysia.

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan