Harga minyak RON 95 dan diesel tak jadi turun malam ini

HARGA minyak dilaporkan tidak akan berubah, atau dalam kata lainnya tak jadi turun malam ini. Ini bermakna selepas tengah malam ini pun, minyak petrol RON95 akan kekal pada harga RM2.20 seliter.

Harga minyak

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di mana harga bahan api tidak akan berubah untuk minggu pertama tahun 2019.

Katanya bahan api RON97, RON95 dan diesel akan kekal pada harga RM2.50, RM2.20 dan RM2.18 masing-masing bagi setiap liter, sehinggalah kerajaan menetapkan harga-harga runcit bagi produk petroleum itu di hujung minggu pertama bulan Januari tahun 2019.

"Jemaah kabinet akan bermesyuarat pada 2 Januari, dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi menentukan harga runcit produk petroleum pada tahap yang optimum," katanya.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan telah memutuskan untuk menggunakan harga apungan secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati perubahan harga selaras dengan turun naik harga petrol dunia.

Ia juga mengambil kira pandangan pihak berkepentingan, termasuk Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), yang menentang mekanisma pengapungan harga berkenaan.

"Dr Mahathir juga akan bertemu dengan PDAM dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Selasa (31 Disember 2018).

Kata Lim, kerajaan Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan dasar menstabilkan harga runcit petrol, dan dalam masa yang sama melaksanakan satu harga tetap (harga siling) yang akan menguntungkan rakyat.

"Ini bermakna jika harga petrol dunia turun, harga runcit petrol akan diturunkan untuk manfaat pengguna,"

"Namun jika harga (minyak dunia) naik, pengguna akan dilindungi kerana harga runcit petrol akan kekal pada paras RM2.20 seliter untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel menerusi pemberian subsidi," katanya.

Media sebelum ini melaporkan harga minyak akan diturunkan mulai tengah malam ini berikutan sistem apungan harga yang dilaksanakan kerajaan.

1 Comments

  1. Bila harga minyak dunia naik nanti, pdam jgn lupa minta kerajaan tangguh kenaikan harga utk satu minggu. Bangsat punya 'peniaga' terlebih manja!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan