Harga Proton X70 untuk jualan seluruh Malaysia diumumkan secara rasmi

HARGA Proton X70 untuk jualan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah diumumkan secara rasmi dalam pelancarannya di Kuala Lumpur Convention Centre hari ini.

Difahamkan model terbaru kenderaan keluaran Proton dengan kerjasama Geely itu akan dijual pada harga yang sama untuk Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Pelancaran Proton X70

Dalam pelancarannya, Proton mengimbau kembali pelancaran Kereta Proton pertama, Proton Saga 33 tahun yang lalu, melalui acara simbolik Tun Mahathir menyerahkan kunci Proton X70 kepada isterinya, Tun Dr Siti Hasmah.

Pelancaran Proton X70

Model 1.8 Proton X70 Standard akan dijual pada harga bawah RM100,000 iaitu RM99,800 manakala 1.8 Proton X70 Premium pula berharga RM123,800.

Model 1.8 TGDi Executive AWD berharga RM115,800 dan 1.8 Executive 2WD berharga RM109,800.

Harga Proton X70

Kereta model ini difahamkan kenderaan pertama keluaran Malaysia yang mempunyai akses penuh kepada jaringan internet. Ia boleh dihubungkan secara terus kepada pelayan "cloud". Justeru orang ramai tertanya-tanya tentang aspek keselamatan cyber kenderaan ini.

Sama ada kenderan keluaran terbaru Proton ini memerlukan pemasangan anti-virus juga menjadi persoalan.

5 Comments

  1. BUKAN KE SI MAMAK NI TAK SUKA DENGAN GEELY (GELI-GELI) NI?

    ReplyDelete
  2. PROTON NAK DIJUAL KAT CHINA!

    ReplyDelete
  3. PM ni memang tak suka dasar perkongsian dengan geli... tapi kjaan dulu dah buat perjanjian... terpaksalah akur... lagi pun masih ada bahagian malaysia dlm proton tu... mahal gila harganya... dapatlah 2 biji myvi biasa...

    ReplyDelete
  4. Bukan utk rakyat malaysia biasa. Luar kemampuan

    ReplyDelete
  5. i support Perodua and of couse the Proton X70
    ,hope they do well but since we dont have anymore national cars, government should reduce protection barriers and allow the rakyat to reduce household debt..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan