Identiti lelaki didakwa cuba culik budak dalam masjid sudah dikenal pasti

PAGI tadi tersebar sebuah rakaman video kejadian seorang lelaki dikatakan cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan dalam sebuah masjid di Selayang.

BACA — Lelaki cuba culik budak dalam masjid

Laman rasmi PASTI Selayang mengesahkan bahawa rakaman video itu diambil dari CCTV masjid berkenaan.

Culik budak

Kanak-kanak perempuan yang hampir diculik itu pula merupakan anak kepada salah seorang guru yang menghadiri Usrah Guru PASTI Selayang yang sedang berlangsung dalam masjid itu.

Identiti lelaki yang didakwa mahu menculik itu pula, ialah seorang lelaki India memegang kad OKU dan merupakan seorang mualaf.

"Sewaktu kejadian sedang berlangsung program Usrah Guru Pasti Selayang. Seorang anak cikgu sedang bermain di luar dan kemudian datang seorang lelaki India yang tidak dikenali masuk ke perkarangan masjid dengan memakai selipar,"

"Cuma lelaki India tersebut adalah seorang pemegang kad OKU dan mualaf, kita tidak pasti sama ada dia dalam keadaan mabuk atau tidak," tulis kenyataan di halaman itu.

Salah seorang individu bernama Jaii pula tampil dalam ruangan komen mendakwa ada saksi yang terdengar suspek meluahkan rasa geram kerana gagal memeluk kanak-kanak itu.

komen

"Harap lepas ni semua kena berhati-hati sebab daripada saksi yang ada di sana, individu tersebut ada cakap 'geram sebab tak dapat peluk,' jadi minta semua ibu bapa awasi anak-anak dan kaum hawa juga sama." tulisnya.

1 Comments

  1. ...satu tabiat buruk kaum ibu skrng ni ialah ashik dengan hp...samada di shopping mall...dlm kereta berhenti rehat...dlm masjid...dll.

    ank ank di biarkan leka bermain...
    tu sbb kaum perempuan iq rendah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan