Kesilapan drama Pujaan Hati Kanda lori terbang di tingkat 7 bangunan

KELEMAHAN atau kesilapan ketika pengambaran sesuatu filem atau drama, bukanlah perkara asing. Filem-filem hebat dari Hollywood pun selalu melakukan kesilapan.

Terbaru, drama popular "Pujaan Hati Kanda," yang disiarkan di TV3 setiap petang jadi perbualan hangat di media sosial apabila salah satu babak dalam drama bersiri itu memaparkan kesilapan yang begitu ketara.

Dalam episod 6 Pujaan Hati Kanda, pelakon Remy Ishak ketika membawa seorang bayi yang dikendong ke tempat kerja, telah masuk ke dalam sebuah lif untuk naik ke tingkat 7 bangunan berkenaan.

Ketika keluar dari lif tersebut, dapat kita lihat angka yang terpapar pada skrin di sebelah lif menunjukkan nombor 7 (maknanya Remy Ishak berada di tingkat 7 bangunan itu).

Pujaan hati kanda tingkat tujuh

Kemudian Remy Ishak berjalan masuk ke dalam bilik pejabatnya. Apa yang mengejutkan, tiba-tiba boleh dilihat dari cermin tingkap bilik berkenaan, sebuah lori meluncur laju dalam beberapa saat.

Pujaan Hati Kanda lori terbang

Persoalannya, bagaimana sebuah lori boleh lalu di belakang bilik pejabat Remy Ishak sedangkan bilik itu berada di tingkat 7 bangunan? Lori itu terbang ke?

Netizen turut mempersoalkan pokok apa yang tinggi di belakang cermin tu?

Di bawah ini sedutan babak tersebut. Sila klik dan perhatikan sendiri pada durasi video 1 minit 22 saat hingga 1 minit 24 saat.



Kalau video lambat keluar klik link ini  YouTube

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan