Lelaki ini tunjuk password salah pun boleh login cimbclicks

SISTEM atas talian CIMB Bank, iaitu cimbclicks difahamkan kini mengalami masalah tertentu berhubung keselamatan berkaitan "password" pengguna untuk masuk (login) ke dalam akaun bagi menjalankan transaksi dan lain-lain aktiviti berkaitan di atas talian.

Jika anda masuk ke dalam laman web cimbclicks.com.my anda akan dipaparkan dengan satu pengumuman penting di mana sistem perbankan atas talian itu kini memperkenalkan sistem reCAPTCHA sebagai pengesahan keselamatan lanjut untuk mendaftar masuk.

Notis penting CIMB Clicks

Sistem reCAPTCHA ini biasa kita lihat pada aplikasi Google, untuk menangkis serangan cyber yang dipanggil "brutefoce" dijalankan oleh penggodam atau pihak tertentu.

Selain itu cimbclicks juga kini telah menerima penetapan password yang panjangnya melebihi 8 aksara bagi memperkuatkan lagi sistem keselamatan pengguna.

Salah seorang pengguna cimbclicks yang menggunakan nama Tcr Azura Hamzah sebentar tadi mendakwa dia berjaya masuk ke dalam akaun cimbclicks miliknya walaupun menggunakan password yang salah.

"Kepada rakan-rakan Facebook,

Merujuk kepada isu terkini tentang kebocoran akaun-akaun CIMB clicks, Saya telah mendaftar masuk dengan sengaja ke dalam akaun saya beberapa saat lepas dengan kata laluan yang salah.

Dan ia betul-betul mengejutkan, saya masih berjaya masuk ke dalam akaun saya.

Semua orang tolong berhati-hati," tulisnya.

isu cimbclick

Selain itu seorang lagi pemilik akaun CIMB clicks telah menunjukkan demonstrasi bagaimana dia berjaya masuk ke dalam akaun miliknya menggunakan password yang salah. Aktiviti itu dirakamkan dalam sebuah video.

Lihat video di bawah ini.


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan