Najib kena tahan SPRM di hari jadi Rosmah

SEBENTAR tadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah ditahan oleh SPRM berhubung kes mengubahsuai laporan akhir audit 1MDB. Najib ditahan pada pukul 11.00 pagi tadi.

Walaupun ini bukanlah kali pertama Najib ditangkap, namun tangkapan hari ini tentu lebih menyedihkan keluarga Najib berbanding tangkapan sebelum ini. Mana tidaknya difahamkan hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran Datin Rosmah Mansor, isteri Najib.

Perkara itu didedahkan oleh anak perempuan Najib dan Rosmah, iaitu Noryaana Najwa dalam satu kiriman menerusi laman Instagram.

"Saya tahu hari ini bukanlah hari yang mudah untuk kami, namun mari ambil masa seketika untuk bersyukur kepada Allah kita masih lagi sihat, hidup dan masih boleh membantu orang lain yang memerlukan,"

"Selamat hari jadi kepada satu-satunya ibuku. Kasih sayang membolehkan kita melalui semuanya," tulisnya.

Nooryana turut mengirim gambar Datin Rosmah yang masih muda dipercayai sedang mendukung dirinya semasa masih kecil.

Datin Rosmah Masa Muda

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan