Loading...

Netizen mahu 4 suspek belasah Adib ditahan semula

NETIZEN mahu 4 orang suspek yang ditahan reman susulan insiden membelasah Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dan dibebaskan sebelum ini ditahan semula oleh pihak polis.

Pengguna Twitter @citizen_ranjit meminta pihak polis menangkap semula empat suspek yang terlibat insiden membelasah Adib dan dibebaskan dari tahanan reman. Katanya tiada ikat jamin untuk pembunuh.

Setakat artikel ini ditulis, kirimannya itu yang turut memetik ucapan takziah dari akaun Twitter perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad mendapat hampir 3,000 retweet dan sebanyak 1,700 likes di laman sosial Twitter.

netizen mahu suspek belasah adib ditahan semula

Pihak polis sebelum ini dilaporkan telah mengklasifikasikan semula kes kematian Muhammad Adib sebagai kes bunuh.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rahim Ab Wahab dalam satu kenyataannya sebelum ini dilapor mengesahkan bahawa kes itu kini diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh susulan kematian anggota bomba itu pada 17 Januari 2018.

Sebelum itu media melaporkan seramai dua orang lelaki yang direman kerana dipercayai terbabit dalam insiden memukul Muhammad Adib telah dibebaskan dengan bon jaminan mahkamah sebanyak RM2,000 manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Suspek belasah Adib

Kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 24 tahun sebelum ini telah direman selama empat hari bermula 7 Disember lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Tempoh reman mereka berakhir pada 10 Disember 2018.

Apapun lebih baik kita serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil langkah-langkah sepatutnya mengikut undang-undang.

Kita tiada di tempat kejadian, maklumat yang kita perolehi selama ini banyak bergantung kepada laporan media. Serahkan kepada pihak yang lebih tahu apa sebenarnya terjadi.

Apa yang kita fikir mungkin tak sama dengan apa yang sebenarnya berlaku.

Post a Comment

1 Comments

  1. Celaka anak haram tu mmg patut menerima pembalasan yg setimpal.
    Menteri bangang sial anak haram yg membangkitkan isu perkauman yg sensitif sblm insiden patut dipecat serta merta.Tengok muka rasa nak ludah!!!
    Syarikat pemaju bangsat anak haram hantar gangster patut menerima hukuman setimpalnya.
    Pihak kuil yg dh telah diberi pampasan dan lokasi baru oleh kerajaan patut segera berpindah.Kenangan tragis kuil tersebut amat menyakitkan hati majoriti rakyat malaysia.
    Sedih dan sakit hati yg amat sangat!!!

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda