Loading...

Pelakon kata karier terjejas sejak pakai tudung

SEORANG pelakon wanita berusia 35 tahun, dilaporkan mendakwa karier lakonannya terjejas selepas mengambil keputusan untuk memakai tudung lapor Kosmo!

Sherry Ibrahim atau nama sebenarnya Syarizad binti Ibrahim mendakwa kini beliau hanya mempunyai sedikit watak yang boleh dipilih berikutan gaya pemakaian yang dipilihnya.

Sherry Ibrahim

"Sejak saya mula memakai hijab, sukar untuk memilih watak (lakonan) yang sesuai. Pilihan watak-watak yang saya rasa selesa untuk dilakonkan lebih terhad," katanya.

Menurut Sherry yang mengambil keputusan memakai hijab sejak dua tahun lalu, dia tidak lagi menerima watak-watak yang memerlukan sentuhan fizikal dengan pelakon-pelakon lelaki.

"Saya beritahu pengarah bahawa saya tak mahu berlakon dalam babak-babak yang perlu untuk bersentuhan (dengan pelakon lelaki)," katanya sambil menambah, dia gembira untuk menerima tawaran lakonan sekiranya syarat-syarat itu dipenuhi.

*** Lakonan terjejas tidak bermakna rezeki pun turut terjejas, apa ada hal

Post a Comment

1 Comments

  1. Takut Allah atau pengarah pilem
    ni ynag susah kalau setakat islam baka tak mau belajar
    bab iman taqwa kepada Allah

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda