Loading...

Pemilik bengkel serang pelanggan guna pedang dan pemadam api

BEBERAPA video tersebar merakamkan detik bagaimana pemilik kedai bersaudara menyerang pelanggan dan rakan-rakannya menggunakan pedang dan pemadam api. Kejadian dikatakan berlaku di Taman Putra Perdana Puchong petang semalam (16 Disember 2018) sekitar jam 17:30 petang.

Pemilik bengkel serang pelanggan

Pergaduhan itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati pelanggan berkenaan apabila pemilik bengkel mengenakan caj menyimpan kenderaan di atas parkir awam dan baik pulih kereta yang tidak munasabah.

Pelanggan berkenaan yang telah membuat laporan polis, datang ke bengkel tersebut cuba untuk mengeluarkan keretanya bersama dengan rakan-rakan yang lain.

Namun pemilik bengkel bertindak kasar menghalang kereta tersebut keluar daripada petak tempat letak kereta, dengan cara meletakkan kenderaan di kedua bahagian sisi, depan, dan belakang kereta itu.

Pergaduhan mula tercetus apabila pemilik bengkel dua bersaudara mengeluarkan pedang dan alat pemadam api bertindak mengejar serta menyerang pelanggannya serta rakan-rakan yang datang bersamanya.

Pemilik bengkel bersaudara itu bertindak menyerang dan memecahkan cermin kereta, selain menyembur alat pemadam api ke dalam kereta.

Di bawah ini video rakaman kejadian berkenaan. Sila klik untuk menonton video.



Berdasarkan daripada "footage" rakaman CCTV di tempat kejadian pula, pemilik bengkel itu dilihat begitu berani bertindak ganas dan masih terus menyerang walaupun pihak polis yang menaikki kereta peronda telah sampai di tempat kejadian.

Salah seorang mangsa dilihat rebah dipercayai mengalami masaalah kesukaran bernafas selepas disembur dengan serbuk putih pemadam api.

Malah anggota polis pun dilihat terkena semburan alat pemadam api yang digunakan untuk menyerang. Di bawah ini rakaman video yang dimaksudkan. Sila klik untuk menonton rakaman tersebut.


Post a Comment

3 Comments

  1. Polis keluar kereta pun santai je. Sempat lagi dia hayun hayun parang dia.

    ReplyDelete
  2. ini ketuanan melayu kut...kah kah kah

    ReplyDelete
  3. Indon ke apa? Yang rebah itu bikin drama konon mangsa...

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda