Loading...

Pemimpin kanan Umno jumpa Mahathir minta nasihat untuk keluar Umno

SEBELUM ini tersebar beberapa keping gambar menunjukkan beberapa orang pemimpin kanan Umno bertemu dengan Tun Mahathir.

Mohamad Hassan, Noh Omar, Shahidan Kassim, dan Tengku Adnan Mansor antara pimpinan Umno yang dilihat di dalam gambar berkenaan.

Pemimpin Umno jumpa Mahathir

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hassan kata gambar itu adalah gambar lama ketika mereka bertemu dengan Tun Mahathir, katanya untuk merayu agar Perdana Menteri itu tidak mengharamkan Umno.

Itu kata dia, orang kata tidak adil jika kita dengar maklumat hanya dari sebelah pihak. Apabila perkara itu ditanya kepada Tun Mahathir, lain pula ceritanya.

Tun Mahathir pula kata, gambar pemimpin Umno yang tular datang jumpa beliau itu adalah atas sebab meminta nasihat daripadanya untuk keluar Umno.

Ditanya mengenai pertemuan tersebut perdana menteri berkata tujuan rombongan berkenaan bertemu ialah untuk menyatakan hasrat mereka keluar Umno.

"Mereka datang berjumpa saya dan beritahu yang mereka akan meninggalkan Umno."

"Mereka mahukan nasihat saya. Cuma itu, tak ada yang lain," kata Tun Mahathir seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Mahathir pecah lubang

Kalau pemimpin kanan Umno pun sudah tak mahu dengan parti Melayu itu lagi, ini petanda parti yang semakin dibenci itu menunggu masa untuk dibubarkan dan melingkup.

Post a Comment

4 Comments

  1. Jadi apa sebabnya yang PAS dok terhegeh2 nak kawin dengan UMNO ni? Sebab nya PAS pun dah tak laku maka terpaksalah cari jantan kabaret yang sama2 tak laku. Terpaksa gak kawin jantan kabaret yang dah banyak buat mungkar, banyak merembat duit orang dan masih lagi tak insaf2 sebab taknak PAS dipanggil sebagai janda tua ganyut yang masih sibuk nak kawin tp takde sapa pun sudi. At least bila kawin dengan UMNO, hilanglah status janda, walaupun status tua ganyut tu masih tak dapat dihapuskan.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulasan saya, Zaman Rahim Thamby Chik sudah berlalu. Maka Bersatu tak perlu layan permohonan Rahim untuk menyertai Parti Bersatu. Lagipun apa guna Rahim diterima menjadi ahli jika keputusan itu merenggangkan hubungan Bersatu dengan PKR dan DAP.

      Orang PKR marah, orang DAP marah. Maka tak perlulah Dr Mahathir layan Rahim lagi. Apa untungnya Rahim masuk Bersatu? Dapatkah beliau menarik ahli Umno menyertai bersatu jika beliau berada dalam Bersatu?

      Cukuplah Bersatu menyinggung perasaan bakal PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dahulu Dr Mahathir melantik orang yang memukul Anwar sebagai orang tengah dalam menyelesaikan krisis Selatan Thailand. Kini Bersatu nak terima Rahim pula yang juga... NEXT TIME JGN BAGI BOLA TANGGONG BANG..

      Delete
  2. Perhimpunan ICERD aman..

    Rupa nya tak aman..

    ICERD aman bagi PDRM

    UMNO tak aman bagi politik tanahair

    Jadi apa yang PAS nak berbangga dengan perhimpunan 100,000?

    ReplyDelete
  3. Dlm tempoh 2 tahun...atok perlu lakukan sesuatu utk meneruskan legasinya berterusan.Sokongan majoriti perlu dlm menentukan penguasaan atok dan kroninya dlm plbagai sumber sosioekonomi negara.
    Kabar angin sblm ini telah lama kedengaran dan akhirnya terbukti dgn pghijrahan ramai2 katak dpd lubuk pembangkang.
    Dgn kuasa majoriti dlm kerajaan maka kata2 dan janji2 yg lalu akan dimungkiri demi penguasaan kuasa yg dominan.
    Siapa yg pernah melalui era 22 tahun dan skrg era atok jadi pm ke7 cukup memahami kebijaksanaan atok dlm merencanakan strategi dan taktik dlm menguasai negara.
    Mengalah bukan bererti kalah.Kena bijak bermain kata2 utk meyakinkan kawan dan menjatuhkan lawan.
    Kaum kerabat dan kroni diutamakan dan rakyat dikemudiankan.
    Menyelamatkan negara hanya retorik.Wawasan 2020 juga retorik hanya perlu memutarkan kata2 yg hebat utk meyakinkan rakyat tetapi dlm masa yg sama meragut kekayaan utk anak, proksi dan kroni.
    Skrg guunakan anjing2 yg pernah menyalak atok suatu ketika dulu utk menyalak musuh2nya yg ada skrg sehingga jatuh terhina dan kemudian anjing2 tadi dijinakkan agar menurut segala kata2nya.Bijakkan atok wlpun kadangkala nyanyuk dan kekok di kelilingi badut2 yg pernah membencinya suatu ketika dulu.
    Apa2 pun...semoga atok diberikan kesihatan yg baik utk terus membasahi muka2 pencacainya dgn kencing hancing yg dah expired demi menyelamatkan negara yg dah nak bangkrap.
    Errrrr....dlm hidup kita, jgn terlalu mudah percaya dgn org yg bijak berkata2 khasnya yg pernah mggunakan kuasanya yg lalu menjadikan kaum kerabat dan kroninya kaya raya.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda