Pemimpin-pemimpin Umno Sabah mahu keluar parti beramai-ramai hari ini

LEBIH separuh pemimpin utama Umno Sabah dilaporkan akan meninggalkan parti beramai-ramai hari ini, sekaligus menjadikan parti itu lumpuh berikutan pimpinan utama, terutama wakil-wakil rakyat dan senator berhijrah meninggalkan parti itu.

Penghijrahan itu juga dijangka melibatkan lebih separuh daripada 25 ketua-ketua bahagian Umno di negeri itu. Mereka dilapor akan menjadi wakil rakyat bebas yang mesra kepada Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah.

UMNO Sabah mempunyai seramai 10 Adun, 6 Ahli Parlimen dan 2 senator.

Umno Sabah Bubar

Pada pilihan raya umum ke 14 yang lalu, parti itu berjaya memperolehi tujuh belas kerusi DUN dan tujuh kerusi parlimen.

Tujuh daripada Adun telah berpaling tadah kepada Parti Warisan Sabah dan PKR, manakala Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman keluar parti pada bulan September lalu menjadi wakil rakyat bebas yang mesra Pakatan Harapan.

"Rundingan masih dijalankan, tapi sebahagian besar wakil rakyat akan tinggalkan parti," kata sumber yang enggan namanya didedahkan lapor The Star.

Sumber-sumber lain pula dilapor enggan mengulas sama ada Umno Sabah telah berbincang dengan kepimpinan parti berhubung gerakan itu.

Namun menurut mereka Umno bukan lagi parti yang sesuai untuk negeri Sabah.

Ahli Parlimen Umno Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin bagaimanapun mendakwa beliau tidak tahu menahu tentang penghijrahan beramai-ramai itu, manakala Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata: "Lihatlah apa akan jadi hari ini,"

Adun Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun yang juga merupakan Setiausaha Umno Sabah pula dilapor berkata satu sidang media akan diadakan di sebuah hotel tengah hari nanti.

Khabar angin tentang wakil-wakil rakyat Umno Sabah mahu meninggalkan parti telah menjadi bualan sejak empat bulan lalu di mana Umno negeri mahu kepimpinan pusat "tutup kedai" di Sabah bagi membolehkan mereka mengambil alih sebuah parti tempatan.

3 Comments

  1. Pemimpin lalang. Lompat si katak lompat.. Kalau tiada salah dan kepentingan kenapa keluar? Takut kene siasat la tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pintu SPRM sentiasa terbuka. Beri kan sahaja maklumat atau buat lah dakwaan terbuka tetapi Jelai untuk di siasat.

      Tak kan pemimpin UMNO seperti Bung Mokhtar atau Musa Aman tak ada pengetahuan dalam hal ini.?

      Delete
  2. Itu lah untung nya ada kawan seperti PAS.

    7 pergi .... 35 datang.. Lobai-lobai yang datang .

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan