Pengguna Twitter kecam Syed Saddiq pakai kasut Converse harga RM4,000

NIAT salah seorang pengguna Twitter untuk mengecam tindakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abd Rahman memakai kasut mahal, mengundang padah apabila dia sendiri sebaliknya dikecam beramai-ramai oleh netizen.

Perkara itu bermula apabila dia meminta Perdana Menteri melempang Syed Saddiq kerana menteri muda itu katanya memakai kasut jenama Converse berharga RM4,000 di kala rakyat sedang menderita.

"Boleh atuk @chedetofficial lempang sikit celaka @syedsaddiq ni tak? Rakyat sedang menderita tapi dia pakai Converse x off-white berharga 4000 ringgit. Gaji 2 bulan tau. Show off sangat ni. Tun pun pakai selipar bata je," tulisnya.

Kasut Converse

Perkara itu membuatkan dirinya dikecam oleh netizen secara berjemaah.

Mana tidaknya, kasut yang dipakai oleh Syed Saddiq yang menjadi kecaman itu sebenarnya merupakan hadiah hari jadi ke-26 yang diterima oleh Ahli Parlimen Muar itu daripada abangnya baru-baru ini.

Hadiah Abang

Jika kasut itu bukan hadiah dari abangnya pun, tidak ada salahnya seorang menteri muda dengan pendapatan puluhan ribu sebulan mahu memakai kasut tersebut.

Lainlah kalau kasut itu dibeli dari sumber yang meragukan, contohnya dari hasil mencuri duit rakyat seperti yang dilakukan oleh ramai pemimpin kerajaan terdahulu.

***

"Pakai kasut harga RM4,000 pun boleh kena kecam. Patutlah Datin Rosmah pakai beg tangan harga beratus ribu boleh tumbang kerajaan,"

9 Comments

  1. Inilah contoh menteri yang tidak ada rasa kecintaan walau sedikit di hatinya untuk memikirkan nasib rakyat bawahan yang selama ini hidup menderita dan susah menjalani kehidupan harian.

    Kerana itu kita semua harus bersyukur kerana tuhan beri peluang kita melihat betapa teruknya pemimpin PH mentadbir negara. PH menang supaya kita dapat menilai dan mengetahui bahawa jelas sekali pemimpin mereka jauh lebih teruk berbanding Barisan Nasional.

    PRU15 nanti marilah sama-sama kita kembali ke pangkal jalan, undilah parti yang benar-benr perjuangkan nasib rakyat, dan memperjuangkan orang Melayu.

    Undilah PAS!
    #UP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.... Lobai pakai mercedes satu keperluan eh.. Kahkahkah

      Delete
  2. Elok andai tuan tidak mengaitkan dengan PAS, sebab terdapat beberapa pimpinan PAS/pimpinan kerajaan Pas juga menggunakan barangan/kenderaan mewah.

    Saya sarankan kita lihat perkara2 ini sebagai norma manusia ingin merasa sedikit kemewahan dari hasil yg diperolehi sendiri. Bukan hasil dari cara yang salah.

    Apapun sejahtera bersama islam. Rahmatan lil Alamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak boleh pertikai pimpinan PAS, mereka pimpinan ulama, mereka sudah terang-terang berada di jalan yang benar. Tapi Syed Saddiq ni apa yang diperjuangkan oleh beliau?

      Pemimpin PAS memerlukan sedikit kemewahan untuk berjuang di jalan yang benar. Syed Saddiq ini berjuang demi apa? Demi tembolok sendiri dan kroni yang tidak menguntungkan bangsa dan agama.

      Delete
  3. Yg komen atas ni sah2 baca tajuk jer

    ReplyDelete
  4. PAS?? kikikiki....

    ReplyDelete
  5. Rakyat dah sedar sekarang, takkan undi PH lagi, kami undi PAS dan Umno sahaja sebab pemimpin PH semua teruk kaki rasuah mencuri.

    Hidup Umno! Hidup PAS!

    ReplyDelete
  6. Wan ikhlas.. ape kau igt pimpinan PAS tu maksum sgt ke? Terang2 di jalan yg benar, abis syed saddiq ni xbuat kerja die sebagai menteri belia ke? Kalo ko rasa pimpinan PAS perlu bermewah sikit mean ko xikut ape yg almarhum tok guru nik aziz sampaikan, ko penah tgk Arwah too guru mewah ke? Ko sembang mcm mat sabu time Ahli Pas dulu, ko igt pimpinan PAS semua kompo. Masuk syurga ke?

    Dasar manusia maksum prinsip holier than thou... Jgn gune agama utk perjuangan yg belum tentu benar tu

    ReplyDelete
  7. untunglah gaji puluh ribu, dapat hadiah mahal dr keluarga, org lain tak payahlah nak 'dengki sangat'. kita ikutlah apa yang kita sendiri mampu

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan